RUMAH SUAMIKU BUKAN MILIK AKU

“Ya Sue, isteri arwah Zainal dah jual rumah tu akhirnya. Betul tekaan Sue!”, kata Makcik Dibah padaku. 

Zainal dan Zubaidah adalah jiran Makcik Dibah. Usia mereka awal 30an. Mereka telah 5 tahun berkahwin namun belum punyai cahaya mata. Zainal masih punyai ibu dan bapa. 

Disangka panas sampai ke petang, namun hujan di tengah hari. Dalam usia yang begitu muda, Zainal tiba-tiba meninggal dunia asbab serangan angin akhmar. 

“Pagi tu, makcik tiba-tiba terdengar Zubaidah  meraung nangis. Ingatkan kenapa, rupanya Zainal tiba-tiba tak bernafas, meninggal dunia”, begitulah becoknya Makcik Dibah berkongsi cerita kepadaku tentang jirannya yang mati muda, 6 bulan lalu. 

“Apartment kami ni murah aje Sue, dalam RM120,000 tapi bahagian ibu dan bapa arwah ada nilaian RM90,000. Manalah si Zubaidah nak cari duit sebanyak tu. Dia tu kerani biasa aje. Akhirnya, jual je la rumah tu. Kesian betul makcik ngan dia, Sue. Sekarang ni dok menyewa ramai-ramai satu rumah”, sambung Makcik Dibah dengan mimik muka yang penuh simpati dengan bekas jirannya. 

Salah satu lagi kisah realiti masyarakat yang menerpa ke telingaku. Pelbagai rasa yang datang menerpa hati walaupun aku tak mengenali Zubaidah yang dimaksudkan Makcik Dibah. Jujurnya, aku penuh simpati. Aku tak rasa suami dia beli rumah untuk dijual semula! 

Alasan-alasan kita seperti:

🏠mana ada harta

🏠harta tak banyak

🏠elok untuk orang banyak harta saja

🏠leceh lah 

🏠ada kos pula

🏠nanti la dulu 

🏠tak ada masa la

🏠sabarlah…saya sibuk ni

🏠keluarga saya semua ok. Boleh dibawa bincang. 

🏠keluarga saya tak nak semua ni, mereka pun dah ada

… Rupanya alasan demi alasan yang diberikan adalah satu sebab yang menyebabkan harta peninggalan kita bakal memudaratkan waris-waris kelak… 

Rancang dan urus harta, adalah satu syariat. 

Tindakan awal kita adalah penyelamat kepada orang-orang tersayang. 

Sebarang pertanyaan berkaitan urus dan rancang harta boleh terus hubungi:

https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374   

#hibah #wasiat #faraid #pusaka #rumahpusaka

#rancangkeranasayang 

#NSA

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *