Kepentingan Ilmu Faraid
Kepentingan Ilmu Faraid Hukum mempelajari ilmu faraid ialah fardhu kifayah. Mengapa sangat penting untuk mempelajari ilmu ini? Disini kami kongsikan
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Sebagaimana yang telah diketahui, hibah merupakan pemberian secara mutlak sesuatu harta dengan melakukan pemindahan pemilikan secara sukarela kepada orang lain yang bertujuan baik pada masa pemberi masih hidup tanpa perlu kepada sesuatu yang menjadi pertukaran ganti.
Lazimnya pemberian hibah tidak mengenakan apa-apa syarat kepada penerima. Namun, terdapat beberapa akad hibah bersyarat yang telah berlaku dan Rasulullah SAW telah menangani dengan beberapa hukum tertentu yang membabitkan persoalan ini.
Terdapat 2 jenis hibah bersyarat yang kebiasaannya dilaksana. Pertama adalah Hibah al-Umra dan kedia ialah Hibah al-Ruqba
Sambung baca di bawah bagi mengetahui perbezaannya dan adakah ianya bersesuaian dengan keperluan hibah anda.
Menurut bahasa Arab, istilah al-‘umra merupakan kata terbitan yang diambil daripada kata kerja a‘mara yang bermaksud sesuatu pemberian yang diberikan kepada seseorang sepanjang umur penghibah ‘umra (al-mu‘mir) atau umur penerima ‘umra (al-mu‘mar) (Ibn Manzur, 1956).
Secara umum, Para fuqaha menakrifkan Hibah Al-’Umra sebagai satu bentuk pemberian hak pemilikan terhadap sesuatu harta bergantung kepada jangka hidup al-mu‘mar atau al-mu‘mir dengan penetapan atau penghadkan tempoh pemilikannya berdasarkan kepada umur berkenaan.
Contoh lafaz hibah al-‘umra adalah seperti pemberi hibah berkata:
Apa yang dapat difahamkan daripada contoh di atas ialah hibah al-‘umra tidak akan berkekalan milik penerima kerana ia akan berakhir dengan umurnya, kemudian ia akan dikembalikan.
Istilah al-ruqba terbit daripada kalimah ruqub dan taraqub yang bermaksud menunggu kerana masing-masing menanti-nanti kematian temannya yang satu lagi.
Ringkasnya, hibah al-ruqba juga bermaksud suatu pemberian bersyarat yang ditentukan oleh pemberi hibah, di mana harta hibah akan menjadi milik penerima hibah sekiranya pemberi hibah meninggal dunia.
Akan tetapi jika penerima hibah meninggal dunia sebelum pemberi hibah maka harta hibah akan kembali kepada pemberi hibah.
Contoh lafaz hibah al-ruqba adalah seperti pemberi hibah berkata:
Dengan demikian, satu-satunya perkara penting dalam hibah al-ruqba ialah masing-masing iaitu pemberi hibah dan penerima hibah menunggu-nunggu siapa yang mati dahulu dan harta akan dikembalikan kepada sesiapa yang masih hidup antara pemberi atau penerima hibah.
Jadi, siapa yang hidup lebih lama akan menjadi pemilik terakhir yang sebenar.
Kepentingan Ilmu Faraid Hukum mempelajari ilmu faraid ialah fardhu kifayah. Mengapa sangat penting untuk mempelajari ilmu ini? Disini kami kongsikan
Pengenalan Faraid Ilmu faraid bukan sahaja melibatkan pembahagian harta peninggalan si mati, tetapi juga merangkumi aspek fiqh dan pengiraan matematik
Hati-Hati Lantik Anak Sebagai Pentadbir Harta Masih ada yang beranggapan bahawa kita perlu lantik anak sebagai pentadbir harta, terutama dari
Siapa Perlu Ada Wasiat Pentadbiran? Terdapat pelbagai sebab kenapa seseorang itu perlu membuat wasiat pentadbiran. Disini kami kongsikan beberapa sebab
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami