“SIAPA SURUH SI ISTERI PANDAI-PANDAI BAWA KE MAHKAMAH? SAYA SURUH MAK TUNTUT JUGA PUSAKA ABANG. BIAR PADAN MUKA DIA!!!”

Itulah luahan rasa dari seorang pakcik mengenai pusaka abangnya yang baru meninggal.

Menurut beliau, ibunya mempunyai hak 1/6 daripada pusaka arwah. Tetapi ibunya awal-awal lagi mahu melepaskan hak kerana kasihan pada cucu-cucunya.

Namun demikian, atas nasihat beliau, ibunya telah menuntut semua bahagiannya. Ini kerana mereka geram dengan tindakan si isteri yang telah membawa kes tuntutan ke mahkamah. “Kenapa perlu heret kami ke mahkamah? Kenapa tak selesaikan dalam keluarga sahaja? Ibu kami tak nak pun bahagian dia!!”

MALANGNYA…

Apa yang pakcik tersebut tidak tahu, MEMANG harta pusaka perlu diselesaikan di mahkamah. Masalah timbul kerana masyarakat masih percaya dongeng bahawa proses tuntutan pusaka itu berlaku secara automatik. Tahu-tahu, esok duit sudah masuk akaun.

Masih ramai yang terpengaruh dengan drama …..”Hari ini kahwin dengan Dato’, esok Dato’ meninggal, lusa jadi janda kaya”, dengan sewenang-wenangnya harta pusaka boleh terus diwarisi walhal tidak semudah itu.

Sebenarnya si isteri telah mengambil tindakan betul dengan menuntut di saluran yang sepatutnya. Sekiranya ibunya ingin melepaskan hak, ada prosedur undang-undang yang perlu dilalui. Untuk menuntut pun, ada prosedurnya.Bukan boleh bahagi macam tu saja seperti dalam “3 Abdul”.

Perbalahan juga timbul kerana wujud prasangka antara 2 keluarga iaitu keluarga ibu/bapa dan keluarga isteri. Sering terjadi pihak keluarga merasakan pihak yang satu lagi tamak dan ingin membolot harta, walaupun sebenarnya itu hanya anggapan sahaja.

Untuk mengelakkan masalah ini, eloklah sekiranya ada orang tengah yang tiada kepentingan serta mahir dalam bab faraid dan pusaka. Kerana itu dalam KHAIRAT PUSAKA, telah disediakan bantuan pakar yang akan membantu mendamaikan antara ahli keluarga serta memberi khidmat penyelesaian pusaka.

Berminat?? PM kami sekarang

PUAN UMI YUSOF
www.puanumi.com

#wasiat #hibah #faraid #pusaka #wasiyyahshoppeberhad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *