Dato’ Mustafa meninggal dunia dan meninggalkan harta pusaka berjumlah RM15 juta. Harta beliau dikategorikan sebagai harta pusaka besar kerana melebihi RM 2 juta.
Apakah harta pusaka besar ? Dan di mana waris-waris Dato’ Mustafa boleh failkan permohonan tuntutan pusaka?
APAKAH HARTA PUSAKA BESAR?
Harta pusaka besar merupakan semua jenis harta peninggalan si mati yang jumlah nilaiannya RM 2 juta atau lebih sama ada terdiri daripada harta tak alih semuanya atau harta alih kesemuanya atau campuran kedua-duanya ataupun harta pusaka yang jumlah nilaiannya kurang daripada RM 2 juta tetapi si mati ada meninggalkan wasiat.
- Pentadbirannya adalah tertakluk kepada Akta Probet & Pentadbiran 1959.
- Permohonan hendaklah dibuat di Mahkamah Tinggi Sivil yang berhampiran tempat tinggal si mati utuk mendapatkan Grant of Probate atau Letter of Administration (LA)
Jom ambil tahu dan kongsikan kepada rakan-rakan anda.
:::Like. Comment. Share:::
Pertanyaan lanjut berkaitan harta pusaka, tekan link
di sini ⇐
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta

Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.