Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka?
Umi Khlsom
Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Adakah anak yang membunuh ibunya disebabkan harta terhalang daripada menerima harta pusaka?
Kami kupaskan isu tersebut bersandarkan hadith-hadith sahih di artikel ini.
Table of Contents
Pendahuluan
Semakin hari semakin terjadi jadi perkara seperti ini. Jangan kerana harta, putus silaturrahim sehingga terjadi pertumpahan darah.
Kupasan
Para ulama telah bersepakat mengatakan bahawa pembunuhan merupakan salah satu daripada halangan pewarisan.
Menurut hadis daripada Abdullah bin Amru r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:
ليس للقاتل من الميراث شيء
Yang bermaksud:
“Pembunuh tidak mempunyai hak mewarisi”
(Riwayat Al-Tabrani)
Ini diperkuatkan lagi dalam riwayat yang lain, Nabi SAW bersabda:
لَيْسَ لِلْقَاتِلِ شَيْءٌ
Maksudnya:
“Pembunuh tidak layak menerima apa-apa (harta pusaka).”
(Riwayat Abu Daud (4564))
Dua hadis ini menjadi dalil yang kukuh kepada pernyataan bahawa pembunuh tidak boleh mewarisi harta orang yang dibunuh, sama ada dibunuh dengan niat atau tanpa niat.
Ini kerana dibimbangi dengan pembunuhan menyebabkan seseorang mengambil jalan mudah untuk menyegerakan pewarisan hartanya.
Semoga perkongsian ini boleh memberi sedikit pencerahan buat para pembaca.

Haji dan Amanah buat Anak Angkat
Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang

Haji dan Amanah buat Anak Kecil
Haji dan Amanah buat Anak Kecil Menunaikan haji adalah impian setiap Muslim. Namun sebagai ibu bapa, perjalanan ini membawa makna
