Garam gula pun pusaka. Bukan sekadar tudung dan baju. Apatah lagi barang berharga arwah.
Jangan ambil mudah bila pakai pusaka arwah.
Waris-waris faraid arwah redha ke? Ada minta izin dari mereka?
Ini tidak, bila berlaku kematian sibuklah nak buat kenduri arwah. Segala garam gula kunyit beras arwah digunakan untuk kenduri tanpa bertanya kepada waris-waris faraid yang ada.
Ala, gula garam je. Tak kan itu pun nak berkira?
Semalam semasa arwah masa hidup memang garam gula itu miliknya. Tetapi hari ini apabila beliau meninggal dunia, gula dan garam telah bertukar menjadi milik waris faraid yang berhak. Kalau ada seorang waris yang tidak redha, apa hukumnya?
Jadi sebagai orang-orang yang masih hidup, berhati-hatilah semasa mengambil barang orang yang telah mati. Minta izin, minta izin,minta izin walaupun simati itu kakak atau adik yang paling rapat dengan kita. Ini tidak, semasa simati dibawa ke masjid semasa proses pengkebumian, sibuklah sedara mara ambil barang-barang arwah.
Habis baju-baju arwah dalam almari dibahagi-bahagikan tanpa minta izin waris-waris faraid yang berhak.
Inilah masalahnya kalau ada sikap tak ambil kisah.
Lepas itu, waris faraid arwah pun tak kenal. Arwah ada anak lelaki tetapi adik beradik arwah sibuk juga nak kain baju, barang kemas dengan alasan, kami dulu rapat Dosa makan harta bathil ni bukan dosa kecil. Lagi kena berhati-hati jika simati tinggalkan anak-anak yatim.
Jadi kalau tak ada ilmu mengenai faraid, belajarlah.
Sekurang-kurangnya kenal siapa waris faraid kita.
Ikuti banyak lagi penulisan berkaitan wasiat, faraid, Hibah dan pusaka di telegram channel saya t.me/notaagihharta
WhatsApp kami