
Menuju Haji: Persiapan Bukan Sekadar Fizikal, Tetapi Amanah
Menuju Haji: Persiapan Bukan Sekadar Fizikal, Tetapi Amanah Haji bukan sekadar perjalanan ke Makkah. Ia adalah panggilan jiwa, perjalanan hati,
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Adakah anda pernah dengar tentang pewarisan orang yang hilang? Ianya juga dikenali sebagai al-mafqud. Disini dikongsikan apa yang dimaksudkan dengan al-mafqud dan proses pengurusan pusaka bagi kes sebegini.
Pewarisan harta kepada individu yang hilang merupakan satu proses yang kompleks dan memerlukan pemahaman yang teliti dari segi undang-undang dan proses berkaitan.
Al-mafqud atau orang yang hilang dalam ilmu pewarisan ini merujuk kepada seseorang yang telah hilang atau ghaib tanpa diketahui keadaannya sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Antara contoh kes yang pernah kita dengar adalah kes kehilangan Kapal Terbang MH370 pada 8 Mac 2014 yang masih menjadi misteri hingga ke hari ini, oleh kerana masih tiada khabar yang sahih kita terima sehingga ke hari ini, penumpang-penumpang yang berada dalam kapal tersebut dikategorikan sebagai orang yang hilang. Bagitu juga kes apabila ada ahli keluarga yang telah lama terpisah dan tidak tahu status masing-masing.
Ulama telah menetapkan hukum bagi orang yang hilang, hartanya tidak boleh diwarisi dan hak-haknya hendaklah dijaga sehingga jelas kedudukannya sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Kita ambil satu contoh situasi, seorang anak ditinggalkan oleh bapanya sejak kecil dan anak tidak tahu apa-apa maklumat berkaitan bapanya sama ada masih hidup ataupun telah meninggal dunia.
Andaikata anak meninggal dunia terlebih dahulu, dan bapa masih hidup namun tidak diketahui keberadaannya, secara hukum bapa tersebut layak mewarisi pusaka anaknya. Dan begitu juga sebaliknya, andai bapa meninggal dunia terlebih dahulu, anak juga layak mewarisi pusaka yang bapanya tinggalkan.
Bagaimana jika salah satu ahli waris tidak diketahui keberadaannya?
Oleh itu, sekiranya kita mempunyai waris yang tidak diketahui kedudukannya, sebaiknya pemilik harta membuat perancangan harta sebaiknya untuk memudahkan urusan waris-waris yang sedia ada.

Menuju Haji: Persiapan Bukan Sekadar Fizikal, Tetapi Amanah Haji bukan sekadar perjalanan ke Makkah. Ia adalah panggilan jiwa, perjalanan hati,

Perancangan Harta Individu Tidak Berkahwin Ramai yang fikir, perancangan harta individu tidak berkahwin adalah tidak penting. Tapi realitinya, mereka mungkin antara

Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang

Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan. Ia adalah
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami