Logo PUM – TransparentLogo PUM – TransparentLogo PUM – TransparentLogo PUM – Transparent
  • Utama
  • Profil
    • Perunding Kami
  • Perkhidmatan
    • Perkhidmatan Tuntutan Harta Pusaka
    • Hibah
    • Harta Sepencarian Dalam Pembahagian Faraid
    • Pewarisan Perniagaan
    • Pengurusan Amanah
    • Khairat Pusaka Al Wasitah
  • Peluang Kerjaya
  • Blog & Artikel
    • Pembahagian Faraid
    • Pengenalan Urus Pusaka
    • Pengenalan Hibah
    • Pengenalan Wasiat
    • Pengenalan Harta Sepencarian
    • Kajian Kes
  • Puan Umi Channel
  • Hubungi
borang DDA
DUIT PUSAKA DAN HUTANG SI MATI
September 15, 2020
Harta Sepencarian: Siri 3 – Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian
September 22, 2020
September 21, 2020
Categories
  • Pengenalan Urus Pusaka
Tags
  • #hartasepencarian
  • #kausar
  • #wasiyyahshoppe
  • Anakangkat
  • faraid
  • hibah
  • pusaka
  • tebuspusaka
  • wasiat
urus

ANAK ANGKAT TIADA HAK PUSAKA

Minggu lepas saya diminta untuk mengira faraid sepasang suami isteri yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan cahaya mata. Mereka ada mengambil seorang anak angkat perempuan yang sudah berusia 15 tahun.

Sebagaimana yang kita sedia tahu, anak angkat tidak mempunyai hak untuk mendapat pusaka dari kedua ibu dan bapa angkatnya. Jalan terbaik untuk memastikan anak angkat mendapat harta dari kedua ibu dan bapa angkat melalui Hibah atau Wasiat 1/3.

Suami ada membeli 2 buat rumah sepanjang tempoh perkahwinan mereka. Nilai kedua-dua rumah telah meningkat menjadi RM1,200,000. Salah sebuah rumah adalah tempat berteduh mereka sejak 20 tahun yang lalu. Satu lagi rumah disewakan dan dijadikan pendapatan pasif.

Hasil dari pengiraan faraid, jika suami pergi dahulu,

Isteri 5/20 = RM300,000

2 orang saudara kandung lelaki setiap seorang 6/20= RM360,000

1 orang saudara kandung perempuan 3/20 = RM180,000

Jika isteri mahukan rumah tersebut beliau perlu membayar RM900,000 kepada adik beradik ipar seramai 3 orang. 

Persoalannya, mampukah isteri membayar nilai wang yang tinggi?

Jika tidak mampu, isteri perlu menjual hartanah tersebut bagi menebus pusaka adik-beradik iparnya. Namun selepas itu adakah isteri mampu membeli rumah di lokasi yang sama setelah rumah tersebut dijual?

Jika anda adalah adik beradik ipar yang akan menerima bahagian RM360,000, adakah anda akan melepaskan hak faraid anda kepada kakak ipar anda?

Ingin tahu lebih lanjut tentang HIBAH atau penyediaan dokumen hibah, sila klik sini https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374   

#hibah #wasiat #faraid

#rancangkeranasayang

#SD

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Share
0

Related posts

faraid-calculator
May 4, 2023

2 Aplikasi Kalkulator Faraid, Analisa Siapa Waris Harta Pusaka Secara Mudah


Read more
April 12, 2023

Hati-hati Lantik Anak Sebagai Wasi atau Pentadbir Harta!


Read more
pewarisan orang yang hilang
March 31, 2023

Bagaimana pewarisan orang yang hilang (al-mafqud)?


Read more

Pautan Info


  • —  Tentang Kami
  • —  Perkhidmatan
  • —  Pertanyaan
  • —  Hubungi Kami

Alamat


Kausar Global Group Sdn Bhd 202101000063 (1400361-M)
No 211-1B, Jalan Haruan 5/6,
Pusat Komersial Oakland 2,
70300, Seremban, Negeri Sembilan
No Telefon: +6016-216 7374
Emel: customerservice@puanumi.com

Our fanpages


© 2023 Puan Umi - Hibah, Wasiat, Faraid & Pusaka. All Rights Reserved.

      WhatsApp kami