Biasalah suami, bila kita suruh rancang harta dia kata, nantilah dulu. Ada masa nanti saya buatlah. Lagipun harta apa yang saya ada. Setakat rumah yang kita duduk ni dan kereta buruk saya. Siapalah yang nak.
Itu kata dia, lepas dia meninggal, yang itulah jadi rebutan.
Baru jenazah habis kebumi, keluarga dia terus bertanya pasal harta. Katanya nanti dah tak sempat nak bincang sebab masing-masing dah sibuk.
Bukan setakat itu, almari baju arwah suami saya kosong. Bila masa mereka ambil baju-baju arwah saya pun tidak sedar. Yang saya sedar almari baju sudah kosong.
Sampai duit derma orang yang datang berziarah pun mereka kira dan minta dibahagi mengikut faraid.
Saya ini sedih pun belum hilang lagi, tiba-tiba kena hadapi orang-orang yang menuntuk hak itu dan ini.
Sebenarnya, saya pelik kenapa adik beradik suami saya ambil barang-barang arwah suami. Saya ada seorang anak lelaki. Setahu saya jika ada anak lelaki, adik beradik sudah tidak ada bahagian lagi. Tambahan lagi ibu dan bapa mertua saya telah lama pergi.
Namun siapalah saya untuk bersuara. Saya lagi muda pada mereka. Mereka pun mempunyai kerja bagus-bagus dan mempunyai pendidikan yang tinggi berbanding saya yang hanya lulusan SPM sahaja.
Malas nak bergaduh, apa yang mereka minta saya bagi sahaja.
Alhamdullilah, masa nak buat permohonan pusaka untuk rumah dan kereta nama mereka tidak boleh dimasukkan sebab mereka bukan waris faraid. Nampak sangat mereka tidak berpuas hati di situ.
Namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa. Ada peguam yang bertugas menjelaskan bahawa saya ada anak lelaki dan mereka tidak ada bahagian faraid di situ.
Adakah mereka pulangkan balik barang-barang serta duit yang telah ambil? Jawapannya sudah tentu tidak. Masing-masing buat tak tahu sahaja.
Di sini saya tekankan tentang perlunya kita,
1) Kenal siapa waris faraid kita agar tidak termakan harta yang bukan milik kita
2) Lantik pihak profesional untuk menguruskan harta sewaktu hidup. Sebagai wanita saya tidak mampu bersuara dengan keluarga arwah suami. Maka biarlah peguam yang bersuara.
3) Membuat perancangan harta ketika hidup lebih murah berbanding kos selepas kematian.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi saya diĀ sini
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#hartasepencarian #siri1
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#SD