Mengapa wasiat kepada isteri tidak sah?

“Andaiku tahu wasiat suami macam ni, pasti semua ini takkan terjadi…. ” getus isteri di dalam hati.

Wasiat adalah pemberian atau sumbangan sama ada harta itu sendiri atau manfaatnya oleh seseorang kepada orang atau pihak lain setelah dia meninggal dunia untuk tujuan amal kebajikan. Perpindahan harta atau manfaat hanya berlaku selepas pewasiat meninggal dunia.

Wasiat kepada isteri tidak sah disebabkan oleh beberapa faktor.

  1. Wasiat tidak sah kepada waris faraid

Menurut jumhur fuqaha’,  wasiat kepada waris yang layak menerima harta pusaka adalah tidak sah walaupun dengan kadar 1/3 melainkan mendapat keizinan daripada waris-waris lain. Ini kerana,  sabda Rasullullah SAW yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah telah berikan kepada setiap orang yang berhak itu akan haknya,  maka tidak boleh berwasiat kepada waris. ”

(Hadis riwayat al-Tirmidhi)

 

  1. Wasiat perlu dilaksanakan hanya dalam kadar 1/3 kepada bukan waris

Wasiat hanya perlu dilaksanakan dalam kadar 1/3 daripada baki pusaka si mati iaitu setelah ditolak kos pengurusan jenazah dan pelunasan hutang serta bukan kepada waris yang layak menerima pusaka.

Sekiranya wasiat melebihi kadar 1/3 daripada baki pusaka,  maka ia tidak dapat dilaksanakan melainkan mendapat persetujuan oleh waris-waris faraid. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW kepada Sa’ad bin Abi Waqas yang bermaksud:

“Sepertiga dan sepertiga itu banyak,  sesungguhnya adalah lebih baik bagi kamu meninggalkan waris-waris kamu dalam keadaan kaya daripada meninggalkan mereka dalam keadaan miskin yang meminta-minta kepada orang lain”

(Hadis Riwayat Muslim)

Wasiat kepada isteri tidak sah kerana isteri tergolong dalam kalangan waris faraid.  Justeru itu, jika kita berhasrat memberikan harta tertentu kepada isteri atau anak-anak,  wasiat bukanlah pilihan yang terbaik.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *