Contoh Kes:
Encik Azhar seorang usahawan yang berusia 53 tahun baru sahaja meninggal dunia. 6 orang anak adalah bawah umur 18 tahun dan beliau meninggalkan:
- Ibu
- 2 Orang Isteri
- 6 Orang Anak Lelaki
- 4 Orang Anak Perempuan
- 2 Orang Kakak Kandung
- 1 Orang Abang Kandung
- 1 Orang Adik Lelaki Kandung
Harta En Azhar yang ditinggalkan adalah:
- Rumah Semi-D RM900,000 (Rumah atas nama En Azhar dan Isteri pertama. Bahagian rumah tersebut adalah 50%:50% dan pinjaman rumah atas nama En Azhar)
- Rumah Teres 2 Tingkat RM500,000
- KWSP RM600,000
- Unit Amanah RM400,000
- Honda Accord Tahun 2010 – RM37,000
- Toyota Estima Tahun 2014 – RM108,000
- Tabung Haji – RM50,000
- ASB – RM200,000
- Akaun Semasa Bank – RM50,000
- Saham (CDS Akaun) – RM300,000
Jumlah Keseluruhan Harta Sebanyak = RM2,695,000
Bahagian waris faraid En Azhar:
Bahagian akhir setiap waris | Nilai harta setiap waris | ||
2 Isteri | 1/8 | 24/384 | RM168,437.50 |
Ibu | 1/6 | 64/384 | RM449,166.67 |
6 Anak (L) | Asabah | 34/384 | RM238,619.79 |
4 Anak (P) | 17/384 | RM119,309.90 |
Memandangkan nilaian harta En Azhar melebihi RM2 juta, waris perlu tuntut harta pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil. Pemohon perlu melantik peguam dan di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959, jika si mati tidak melantik Pentadbir pemohon perlu menyediakan 2 orang penjamin dan bon jaminan yang jumlahnya sama dengan nilaian harta pusaka.
MASALAH PERTAMA:
- Rumah Semi-D adalah di atas nama En Azhar dan isteri pertama. Ada yang beranggapan apabila berlaku kematian suami/ isteri, pasangan akan mewarisi 100% rumah tersebut. Sebenarnya tanggapan tersebut adalah tidak benar.
Situasi Rumah Semi-D selepas kematian En Azhar adalah seperti berikut:
Dalam situasi ini, waris perlu menyemak semula tempoh perlindungan rumah. Sama ada ianya mencukupi ataupun tidak. Jika tidak, isteri perlu bayar baki pinjaman yang ada.
MASALAH KEDUA:
- Ada yang beranggapan selepas berlaku kematian boleh terus bahagikan harta yang ditinggalkan kepada waris-waris. Hakikatnya sebelum pembahagian faraid dibuat, waris perlu urus tadbir pusaka. Perlu mendapatkan persetujuan atau muafakat daripada semua waris yang berhak.
MASALAH KETIGA:
- Tuntuan harta sepencarian bukan secara automatik. Perlu membuat tuntutan di Mahkamah Tinggi Syariah dan ada kos yang perlu ditanggung. Agak sukar juga sekiranya semasa hidup tidak buat deklarasi harta sepencarian. Hal ini kerana isteri-isteri mempunyai hak ke atas harta yang ditinggalkan. Dikhuatiri akan berlaku pertikaian dan masing-masing menuntut hak mereka sedangkan semasa hidup mungkin ada harta yang dikongsi bersama yang mana tidak diketahui oleh isteri pertama atau isteri kedua.
MASALAH KEEMPAT:
Kebiasaannya apabila berlaku kematian suami, isteri yang menjadi tunggak utama untuk menyara kehidupan keluarga. Isteri juga yang akan bertungkus lumus mencari rezeki bagi membesarkan anak-anak yang masih bawah umur.
Tahukah anda selepas kematian suami, penjagaan harta milik anak bawah umur termasuk harta pusaka yang diperolehi melalui pembahagian faraid akan diserahkan keseluruhannya kepada salah seorang yang berikut mengikut susunan keutamaan:
Bapa kepada bapa (datuk);
Pentadbir yang dilantik dalam wasiat bapa;
Pentadbir yang dilantik dalam wasiat datuk;
Wasi kepada wasi yang dilantik datuk
Sekiranya semasa hidup tidak membuat perancangan harta, harta anak bawah umur akan diserahkan kepada Pemegang Amanah Awam sehingga mereka mencapai umur dewasa sekiranya tiada penjaga harta yang layak.
APA YANG SEPATUTNYA EN AZHAR PERLU BUAT SEMASA HIDUP?
- Pengisytiharan Hibah harta seperti rumah, kereta yang mempunyai nilaian tinggi dan duit simpanan sekiranya ingin memberi bahagian lebih kepada isteri dan anak perempuan.
- Membuat Dokumen Pelantikan Wasi bagi memudahkan pengurusan tadbir pusaka dan juga melantik penjaga harta bagi anak-anak bawah umur 18 tahun.
- Deklarasi Harta Sepencarian untuk setiap isteri.
- Wasiat 1/3 daripada harta yang ditinggalkan sekiranya ingin memberikan kepada bukan waris seperti anak-anak yatim, masjid dan lain-lain lagi. (Sebagai amal jariah)
- Menyertai Pelan Khairat Pusaka di Syarikat Amanah yang berdaftar. Dengan melanggan Khairat Pusaka ini, pihak syarikat membantu waris pelanggan melalui semua proses tuntutan pusaka secara percuma.
- Takaful sebagai penggantian pendapatan suami. Manfaat kematian yang diterima boleh digunakan untuk kelangsungan hidup anak-anak dan juga isteri. Selain daripada itu, manfaat takaful yang diperolehi dapat membantu waris melunaskan hutang-hutang yang ditinggalkan.
“Tinggalkan anak-anak dan isteri dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”.
(Hadis Riwayat Bukhari)