Soalan:
Pn Zaleha meninggal dunia dan meninggalkan suami, seorang saudara perempuan kandung dan seorang anak angkat. Siapakah waris Pn Zaleha?
Jawapan :
Waris Puan Zaleha ialah suami dan saudara perempuan kandungnya.
Kenapa?
Jom saya tunjukkan, kalau kita lihat kes ni, waris yang layak dapat pusaka Puan Zaleha adalah suami dan saudara perempuan kandungnya. Ramai yang sedia maklum, anak angkat tidak layak mewarisi pusaka ibu bapa angkat, jadi automatik terkeluar daripada senarai waris.
Kalau ikut kiraan faraid, suami Puan Zaleha dapat 1/2 daripada pusaka sebab dia tiada anak keturunan. Saudara perempuan kandung pula dapat 1/2 sebab hanya ada seorang.
Baitulmal akan dapat kalau masih ada baki selepas dibahagikan kepada waris-waris yang layak. Dalam kes ni, tiada baki daripada pusaka, maka tiadalah bahagian untuk Baitulmal.
Faraid setiap orang berbeza-beza. Jadi penting untuk kita ambil tahu dan kenal siapa yang akan mewarisi pusaka kita.
Begitu juga dalam situasi kalau ada anak perempuan semua, kadang-kadang ada pasangan dan anak terpaksa berkongsi bahagian dengan waris-waris lain. Kadang juga ada situasi pasangan dan anak perempuan dapat semua bahagian pusaka.
Faraid anda pula macam mana?
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#hibah #faraid #hartapusaka #uruspusaka #anak #rancangkeranasayang
©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.
WhatsApp kami