Soalan:
Puan Asiah meninggal dunia dan meninggalkan seorang suami, seorang sepupu lelaki (anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa) dan seorang sepupu perempuan (anak perempuan kepada bapa saudara sebelah bapa). Antara berikut siapakah BUKAN waris Puan Asiah?

Jawapan:
Sepupu perempuan tidak tergolong dalam senarai waris yang layak menerima pusaka. Dalam kes ini, sepupu perempuan bukan waris faraid Puan Asiah.

Siapakah waris yang layak terhadap pusaka Puan Asiah?

Berdasarkan situasi ini, Puan Asiah merupakan anak tunggal dan ibubapa Puan Asiah telah tiada. Dia juga tidak dikurniakan cahaya mata, maka waris yang layak terhadap harta Puan Asiah hanyalah suami dan sepupu lelakinya.

Contohnya jika harta pusaka yang ditinggalkan oleh Puan Asiah berjumlah RM 300,000 merangkumi sebuah apartment yang dibeli bersama suami, barang kemas dan wang simpanan. Maka, bahagian faraid yang diterima oleh setiap waris adalah seperti berikut:

Suami – 1/2 (RM 150,000)
Sepupu Lelaki – 1/2 (RM 150,000)

 

faraid

Suami dapat bahagian 1/2 kerana Puan Asiah tiada anak keturunan. Sepupu lelaki pula mendapat asabah (baki) sebanyak 1/2 daripada pusaka yang ditinggalkan oleh Puan Asiah.

*Sepupu lelaki yang layak mendapat bahagian pusaka hanyalah sepupu lelaki iaitu anak lelaki kepada bapa saudara sebelah bapa.

Kalau anda berada dalam situasi yang hampir sama dengan Puan Asiah, siapakah waris faraid anda?

Nak cek kiraan faraid? Tekan sini

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com

#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang

Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *