“Saya nak batalkan hibah pada anak saya Kak Long”, kata Puan Aminah (nama samaran) dengan nada sedih.
Kenapa pula puan?
“Kak Long dah 4 tahun tak balik. Lepas pkp pun masih tak balik-balik. Tempat tinggal pun bukan nya jauh. Dari sini 40 minit je. Kalau tinggal jauh nun di utara, mungkinlah ada alasan” ujar beliau.
“Macam nilah Puan Umi. Anak saya kak long tu kena quarantine dengan suami dia” celah Tuan Haji Hakim (nama samaran).
“Saya dah beritahu besan saya tentang sikap menantu saya. Namun sia-sia. Anak saya pernah kena pukul dek suami dia sampai anak saya buat report polis. Lepas tu suami dia tak benarkan dia balik ke sini.”
“Saya suruh anak saya bersabar dan kalau boleh jangan bercerai. Mereka dah ada seorang anak. Tapi ini pula jadinya” kata puan Aminah.
“Disebabkan sikap dia, kalau boleh kedua-dua rumah saya nak hibah sahaja pada anak saya yang seorang lagi. Saya tak mahu adik dia bersusah payah dan dia langsung tidak ambil peduli tentang harta yang saya tinggalkan. Namun saya fikir sekiranya dia jatuh susah atau dia perlukan tempat berteduh, paling kurang dia ada rumah ini sebagai tempat tinggal.”
Aduhai anak, kesianlah pada ibubapa kamu. Mereka sudah tua. Mereka penat membesarkan kamu. Jangan nanti kamu menyesal tak kesudahan apabila mereka tiada.
Aduhai menantu! Ibubapa mentua juga adalah ibubapa kamu. Jangan halang isteri kamu untuk pulang menjenguk ibubapa dia. Jangan memutuskan hubungan kekeluargaan. Kamu pun ada anak. Kalau esok anak kamu buat perkara yang sama kepada kamu, baru kamu rasa pedih. Tapi sudah terlambat.
Surat Al-Isra ayat 23 yang bermaksud:
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang
Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.
WhatsApp kami