
Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich
Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich Generasi Sandwich: anda ialah tulang belakang antara dua generasi, menanggung ibu bapa yang semakin uzur,
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Pembahagian harta pusaka ini bukannya mudah. Ianya memerlukan ilmu faraid yang tepat dan mendalam. Pembahagian harta pusaka mengikut faraid tidak berlaku jika tidak lengkap rukun pusaka.
Seseorang yang meninggal dunia, layak diwarisi hartanya berdasarkan dua keadaan kematian iaitu mati hakiki atau mati hukmi
Mati Hakiki:
Kematiannya jelas dan terbukti, seperti melalui saksi atau jasad yang ditemui.
Mati Hukmi:
Kematian yang tidak dapat dibuktikan secara nyata, tetapi dihukumkan oleh Hakim melalui anggapan kematian, seperti orang yang hilang tanpa berita dalam tempoh lama.
Dalam kes mati hukmi, perintah pengesahan mahkamah diperlukan sebelum harta boleh diwarisi.
Segala apa yang diusahakan si mati semasa hidupnya, kemudian ditinggalkan untuk waris-warisnya sama ada harta benda, hak-hak dan apa yang termasuk dalam miliknya selepas dia mati.
Harta Pusaka termasuklah :
Bukan Harta Pusaka termasuklah :
Orang yang berhak menerima pusaka sama ada dengan sebab perkahwinan, keturunan, pembebasan hamba dan Islam.
Ikatan perkahwinan yang sah di sisi Hukum Syarak merupakan salah satu sebab yang membolehkan seseorang itu menerima pusaka sama ada suami atau isteri.
Seseorang waris juga boleh mewarisi pusaka dengan sebab keturunan hakiki, iaitu pertalian darah dengan si mati sama ada keturunan ke bawah (furu’) iaitu anak, cucu dan ke bawah, keturunan ke atas (usul) iaitu ibu, bapa, nenek, datuk dan ke atas, waris-waris sisi si mati (hawasyi) seperti saudara, anak saudara dan ke bawah, waris sisi kepada bapa si mati iaitu bapa saudara, sepupu dan waris datuk si mati iaitu datuk saudara, anak kepada datuk saudara dan seterusnya.
Di samping itu, tuan yang membebaskan hamba berhak mendapat harta pusaka bekas hamba yang dibebaskan itu jika bekas hambanya tidak mempunyai waris yang berhak mewarisi harta pusakanya.
Manakala seseorang Islam yang meninggal dunia namun tiada waris, maka harta pusakanya akan diserahkan kepada Baitulmal.

Perancangan Harta Untuk Generasi Sandwich Generasi Sandwich: anda ialah tulang belakang antara dua generasi, menanggung ibu bapa yang semakin uzur,

Menuju Haji: Persiapan Bukan Sekadar Fizikal, Tetapi Amanah Haji bukan sekadar perjalanan ke Makkah. Ia adalah panggilan jiwa, perjalanan hati,

Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan. Ia adalah

Haji dan Amanah buat Anak Angkat Alangkah indahnya dijemput menjadi tetamu Allah di Tanah Haram. Tetapi bagi ibu bapa yang
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami