Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung
Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.
Pembahagian harta pusaka ini bukannya mudah. Ianya memerlukan ilmu faraid yang tepat dan mendalam. Fahami 4 sebab yang membolehkan seseorang itu menerima pusaka.
Hubungan keturunan yang dimaksudkan di sini adalah hubungan atau pertalian yang sebenar melalui darah dan juga kandungan rahim atau pertalian yang menghubungkan antara waris dan juga pewaris. Contohnya seperti, ibu, bapa, datuk, nenek, anak lelaki dan anak perempuan.
Hubungan ini terbahagi kepada empat golongan iaitu:
Hubungan ini tidak akan terputus walau apapun berlaku seperti anak derhaka, bapa menghalau anaknya, adik tidak mengaku abang dan sebagainya. Dalam keadaan ini, waris-waris tetap layak menerima bahagian disebabkan keturunan.
Pernikahan merujuk kepada pernikahan yang sah di sisi syarak antara lelaki dan perempuan berlandaskan rukun-rukun dan syarat-syarat perkahwinan yang telah disyariatkan meskipun mereka tidak sempat bersetubuh atau berkhalwat. Ini berdasarkan surah An-Nisaa’, Ayat 12.
Kedua-dua pasangan ini berhak mewarisi pusaka masing-masing disebabkan oleh pernikahan yang sah. Contohnya, Alif baru berkahwin dengan Halimah secara sah. Ditakdirkan Halimah meninggal dunia setelah 2 jam majlis akad nikah. Alif layak mewarisi pusaka Halimah disebabkan akad nikah yang sah.
Namun sekiranya perkahwinan tersebut tidak sah, lelaki dan perempuan tidak dapat mempusakai antara satu sama yang lain kerana pernikahan tidak sah dan anak yang lahir hasil daripada perkahwinan tersebut hanya layak mewarisi pusaka sebelah ibunya.
Bagi pasangan yang bercera, terdapat dua keadaan iaitu:
Wala’ ialah pembebasan hamba atau merujuk kepada tuan yang membebaskan hambanya. Tuan yang telah membebaskan hambanya layak mewarisi pusaka atas sebab hubungan mereka dikategorikan hubungan keturunan hukmi.
Namun pembahagian harta pusaka ini hanya berlaku pada pihak bekas tuan sahaja. Hamba yang dibebaskan tidak layak mewarisi harta bekas tuannya.
Menurut pendapat jumhur, wala’ ini merupakan amalan jahiliyah dan ia telah dimansuhkan dengan kedatangan Islam.
Islam disini merujuk bahawa harta peninggalannya diserahkan kepada Baitul Mal yang mana harta pusakanya dibelanjakan untuk kepentingan umat Islam.
Ini berdasarkan kepada sabda Nabi SAW:
مَنْ تَرَكَ كَلاًّ فَإِلَيَّ، وَمَنْ تَرَكَ مَالاً فَلِوَرَثَتِهِ وَأَنَا وَارِثُ مَنْ لاَ وَارِثَ لَهُ أَعْقِلُ عَنْهُ وَأَرِثُهُ
Maksudnya: “Sesiapa yang mati meninggalkan keluarga, akulah yang akan mewakilinya. Sesiapa yang mati meninggalkan harta, ia adalah hak pewarisnya. Aku adalah pewaris bagi sesiapa yang tiada pewaris. Akulah yang akan membayarkan diyatnya dan aku mewarisi hartanya.”
Riwayat Abu Daud (2956)
Baitulmal mewarisi secara asobah apabila tiada waris daripada tiga sebab sebelum ini atau terdapat lebih bahagian daripada harta pusaka setelah ahli waris fardhu mengambil bahagian masing-masing.
Para ulama’ telah menetapkan Baitulmal layak mewarisi sekiranya diurus tadbir dengan baik.
Harta Sepencarian – Siri 3: Prosedur Tuntutan Harta Sepencarian Pada siri yang lalu, kita telah membincangkan tentang Sumbangan Secara Langsung
Tuntutan Harta Pusaka Besar Apa yang terjadi apabila si arwah meninggalkan harta lebih daripada RM5 juta. Ianya dikenali sebagai harta
Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan. Ia adalah
Pembunuh Terhalang Daripada Menerima Harta Pusaka? Adakah anak yang membunuh ibunya disebabkan harta terhalang daripada menerima harta pusaka? Kami kupaskan
Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com
WhatsApp kami