“Puan, ibu saya meninggal dunia tahun 2017. Saya telah dilantik untuk urus pusaka arwah ibu saya. Sampai sekarang masih belum selesai lagi”. Beritahu Mira sejurus saya terangkan proses urus pusaka.
“Apa yang menyebabkan belum selesai lagi ya Puan?” tanya saya pula.
“Baru saya tahu bila ada rumah, perlu ke Pejabat Pusaka Kecil. Mula-mula saya tak tahu nak ke mana. Saya pergi ke Amanah Raya Berhad. Kes tertangguh bila ada dokumen tak cukup. Masa tu saya dah sarat mengandung, bila dah bersalin anak pula selalu tak sihat. Nak kena ambil cuti lagi”. Luah Mira kepada saya.
********
Pentadbir yang dilantik perlulah seorang yang bertanggungjawab, amanah dan mampu dari segi masa dan tenaga. Hendak lebih mudah sekiranya pentadbir yang dilantik adalah mereka yang ada rasa tanggungjawab untuk menyelesaikan pusaka serta dibimbing oleh pihak profesional yang berpengalaman.
Hal ini kerana pembahagian harta pusaka tidak berlaku secara automatik. Lebih-lebih lagi sekiranya harta yang ditinggalkan adalah harta yang berdaftar. Sebagai contoh seperti rumah, kereta, simpanan di bank, saham dan lain-lain. Waris perlu mendapatkan surat kuasa dahulu barulah harta tersebut dapat dicairkan.
Namun, masih ada di kalangan masyarakat kita tidak mempunyai pengalaman untuk menguruskan pusaka. Malah ada juga yang keliru institusi yang manakah perlu dituju dan apakah bidang kuasanya.
Sebelum hendak menguruskan pusaka, waris perlulah melakukan perkara berikut:
1. Selesaikan urusan pengebumian jenazah.
2. Waris bermuafakat melantik pentadbir untuk menguruskan harta peninggalan si mati.
Selain daripada lantik individu sebagai pentadbir, waris boleh melantik Syarikat Amanah patuh syariah untuk membantu waris melalui proses tuntutan pusaka dengan lebih mudah, cepat dan tepat.
3. Waris-waris perlu bekerjasama dengan pentadbir untuk senaraikan aset yang ada dan juga sediakan dokumen yang diperlukan.
4. Sebelum harta dicairkan dan hendak dibahagikan kepada waris, perlu tadbir urus pusaka di institusi yang berkaitan berdasarkan nilaian aset yang ditinggalkan.
Boleh rujuk gambar di bawah untuk info selanjutnya.
Pentingnya setiap dari kita dan juga waris ambil tahu serba sedikit tentang bagaimana hendak menguruskan harta pusaka.
Walaubagaimanapun, bagi memastikan urusan pusaka anda berjalan lancar, tidak tertangguh dan bermasalah serta tanpa membebankan waris-waris, Khairat Pusaka Al-Wasitah adalah solusi yang terbaik.
Rancang harta anda sekarang melalui Khairat Pusaka.
Klik link tertera untuk info lanjut:
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
#hibah #wasiat #faraid
#khairatpusaka
#eko
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.
WhatsApp kami