Bila berlaku kematian suami, isterilah yg paling sedih. Sedih kehilangan suami, sedih mengenangkan nasib anak2. Bimbang bagaimana hidup perlu diteruskan.

Semasa suami hidup, dia dilayan seperti permaisuri. Suami menyediakan segala keperluan dia dan anak2. Tidak perlu bimbang apa2. Fokus hanya menjadi surirumah idaman hati dan mendidik anak2 hingga berjaya dunia akhirat.

Malangnya suami disahkan menghidap kanser dah meninggal dunia setahun kemudian.

Bermulalah episod duka si isteri dan anak2. Adik beradik suami datang menuntut hak mereka. Dengan egonya mereka berkata rumah yang diduduki ada hak mereka juga. Suami meninggalkan waris faraid, ibu, isteri, 2 anak perempuan, 2 adik beradik lelaki & 2 adik beradik perempuan.

Rumah dibeli pada tahun 1998 dengan hanya nilai rm300K. Namun nilai hartanah yang semakin meningkat menyebabkan rumah tersebut menjadi rm1.2M. Di mana si isteri mahu mencari duit untuk menebus faraid?

Dari segi Faraid

Isteri : 1/8 = rm150,000
Ibu : 1/6 = rm200,000
Anak2 perempuan = rm400,000 seorang
Adik beradik lelaki = rm16,666 seorang
Adik beradik perempuan = rm8,3333 seorang

Pampasan Takaful yang ditinggalkan suami tidak mencukupi untuk membayar bahagian ibu mertua dan adik beradik suami disebabkan lonjakan harga rumah yang mendadak. Jika rumah dijual, di mana pula mereka hendak tinggal selepas itu? Itulah satu2nya rumah yang ditinggalkan oleh suami untuk mereka.

Ibu mertua sanggup melepaskan hak kerana kesiankan nasib menantu dan cucu2nya. Ada dikalangan adik beradik yang juga sanggup melepaskan hak mereka. Namun, hasrat ini dihalang oleh adik beradik yang lain. Diugutnya si Ibu, jika lepaskan hak kepada kakak ipar & anak2 saudara mereka, mereka tidak akan pulang lagi ke kampung. Serba salah si ibu melihat ketamakan anak2 sendiri. Mereka lupa bahawa faraid perlu diambil dengan tanggungjawab. Tanggungjawab menjaga anak2 saudara dengan memberi makanan,pakaian, tempat tinggal dan pendidikan yang sempurna. Tapi harta telah mengkaburi mata hati mereka.

Setiap hari mereka memaksa kakak ipar menjual rumah tersebut. Sedikit pun mereka tidak memikirkan nasib malang kakak ipar. Sudahlah kematian suami, kini dihalau dari rumah sendiri. Kalaulah perkara yang sama berlaku kepada mereka :pensive:.

Kita boleh mengambil iktibar dari kisah yang berlaku kepada orang lain. Jika kita hanya mempunyai satu2nya rumah tempat berlindung keluarga, rumah tersebut boleh dibuat perancangan harta pusaka seperti HIBAH HARTANAH. Rumah antara harta yang sukar untuk dibahagi2kan berbanding cash dan nilai rumah setiap tahun akan meningkat mengikut nilai semasa hartanah. Buatlah perancangan ketika masih hidup.

Hubungi Kami untuk keterangan lanjut

Puan Umi
Guru Agih Harta

#hibah
#hibahhartanah
#hibahtakaful
#pusaka

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *