Saya selalu bergurau semasa sesi dialog atau semasa perbincangan dengan client, kalau nak tahu suami betul betul sayang atau tak suruh dia hibah harta dia kepada puan!

Selalunya isteri akan menyambut dengan senyuman lebar tetapi si suami akan buat buat tak faham atau sengih kelat.

Tetapi semalam, seorang rakan perunding berkongsi cerita yang lebih hebat. Seorang client beliau sudah berkahwin tetapi belum direzekikan dengan cahaya mata. Setelah berfikir panjang untuk membuat hibah rumah beliau bertukar fikiran dan sebaliknya membuat pindah milik 14 a kepada isteri beliau.

Wow! lagi sayang dia kepada isterinya! Kalau hibah, lepas ketiadaan baru pindah milik dibuat, ini terus jadi hak mutlak isteri. Begitulah kasihnya suami kepada isteri.

Tetapi, manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik baik rancangan.

Selang beberapa bulan pindah milik dibuat, isteri dipanggil pulang oleh Ilahi. Maka bermulalah cerita baru si suami dengan waris faraid lain arwah iaitu adik beradik simati.

Si suami meminta waris mengembalikan semula rumah kepada beliau kerana itulah rumah yang beliau diami. Lagipun dia pindah milik dengan anggapan sekiranya berlaku perkara tak diingini kepada beliau, isterinya tak perlu berkongsi rumah dengan adik beradik beliau. Malangnya, sebaliknya yang berlaku!
Isteri pergi dahulu.

Adik beradik isteri berkeras rumah difaraidkan sebagaimana harta lain. Jadi bahagian suami 1/4, selebihnya milik adik beradik arwah. Termenunglah si suami, rumah yang asalnya milik beliau menjadi hak orang lain kerana kesilapan diri sendiri.

Dalam hal ini langkah yang lebih baik patut beliau lakukan ialah hibah. Walaupun pindah milik dan hibah menghasilkan keputusan akhir yang sama tetapi perlaksanaannya berbeza. 14a adalah pindah milik dan pemilikan harta tersebut telah berpindah kepada pemilik baru selepas pindah milik dibuat. Jadi, sekiranya pemilik meninggal dunia, harta itu menjadi pusaka simati.

Berbeza dengan hibah. Melalui hibah hanya akad pemberian hibah dibuat manakala pindah milik akan dibuat selepas kematian pemberi hibah. Uniknya hibah ruqba ini, selain memenuhi hasrat si pemberi memberi harta, pada masa sama ia juga melindungi hak si pemberi sekiranya penerima meninggal dahulu dimana harta tersebut akan kembali kepada si pemberi. Jadi dengan hibah, hasrat terlaksana dan hak pemberi juga terjaga! Bagus kan begitu? Cantiknya Islam.

Kalau anda berminat mengetahui lebih lanjut berkenaan cara membuat hibah, kenapa hibah cara terbaik memberi harta dan adakah harta anda yang boleh dihibah ,saya akan sediakan ebook percuma untuk yang terawal.

Siapa komen NAK saya akan utamakan anda dahulu bila e-book siap nanti.

Siapa NAK?

PUAN UMI
Guru Agih Harta

#hibah
#faraid
#wasiat
#pusaka
#ebookpuanumi

7 Responses

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *