Soalan:
Assalamualaikum Puan, saya ingin bertanya, sekiranya si mati tidak meninggalkan harta, tetapi ada meninggalkan hutang, adakah hutang tersebut perlu ditanggung oleh ahli waris dengan membahagikan mengikut pecahan faraid?
Jawapan:
Terima kasih di atas pertanyaan tersebut.
Bagi menjawab pertanyaan di atas, saya ingin berkongsi dua senario.
A. Sekiranya si mati meninggalkan harta
Sekiranya seseorang itu mati dan mempunyai hutang ketika hayatnya, maka hutang tersebut wajib dilangsaikan dengan harta-harta yang ditinggalkannya.
Hal ini kerana, perkara paling utama yang perlu dilakukan oleh ahli waris adalah untuk membayar hutang-hutang yang ditinggalkan bagi melepaskan belenggu hutang tersebut daripada si mati.
Sebagaimana sabda Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A,
نَفْسُ المُؤمِنِ مُعَلّقَةٌ بِدَيْنِه حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ
Maksudnya: “Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya.” Riwayat al-Tarmizi (1079)
B. Sekiranya si mati tidak meninggalkan sebarang harta atau harta yang dimilikinya tidak mencukupi untuk membayar hutang yang ditinggalkan
Bagi situasi ini, maka ahli-ahli waris tidak harus untuk membayar hutang-hutang si mati tersebut.
Hal ini sebagaimana firman Allah SWT
وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ
Maksudnya: “Dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah al-An’am: 164)
Namun, sekiranya ahli waris menolong melangsaikan hutang yang ditinggalkan itu, maka ianya termasuk dalam bab ihsan kepada si mati dan semestinya diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT.
Diharapkan agar jawapan ini memberi sedikit pencerahan kepada para pembaca sekalian.
Sebarang pertanyaan boleh ajukan di https://linktr.ee/puanumi
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#NHK
Rujukan:
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.
WhatsApp kami