Dalam membincangkan tentang analisis struktur faraid seseorang, banyak aspek yang perlu diambil kira. Bukan sekadar cukup hanya perlu tahu berapa bahagian yang setiap ahli waris bakal dapat, tetapi lebih dari itu yang perlu setiap diri perlu fikirkan.
Pertamanya adalah dari sudut hubungan kekeluargaan di antara isteri dan anak-anak dengan keluarga suami termasuklah ayah dan ibu mertuanya, adik beradik iparnya, bagaimana hubungan mereka? Bolehlah datang minum kopi cecah biskut sambil bincang hal pusaka yang ditinggalkan anda? Mampukah isteri dan anak-anak hendak membantah atau tidak bersetuju dengan cadangan-cadangan mereka? Ini pertamanya yang perlu anda fikirkan.
Kedua, dari sudut keperluan. Bandingkan keperluan isteri dan anak-anak dengan ibu ayah kita, siapa yang lebih memerlukan bahagian rumah yang kita tinggalkan? Bandingkan juga keperluan di antara anak-anak kita, siapakah yang lebih memerlukan sesuatu aset berbanding aset yang lain. Adakah kita okay dengan pembahagian mengikut faraid? Adakah kita merasakan satu keperluan untuk anak lelaki menerima bahagian yang lebih dari anak perempuan?
Ketiga adalah dari segi tuntutan. Ada yang begitu senang menyatakan struktur faraidnya solid, tidak akan timbul masalah kerana dia mempunyai anak lelaki. Tetapi bagaimana pula dengan bahagian ibu dan ayah? Sekiranya kita meninggal dunia pada ketika ibu atau ayah masih hidup, tetapi dalam keadaan uzur, tidak mampu untuk menguruskan diri, siapakah yang akan menjadi wakil kepada ibu atau ayah ini? Mampukah isteri dan anak-anak kita dapat berbincang dengan baik dengan wakil ini?
Ini adalah antara aspek yang perlu difikirkan seawalnya dalam membuat analisis struktur faraid. Analisis struktur faraid tidak cukup dengan hanya mengetahui angka-angka pembahagian yang bakal diterima oleh setiap ahli waris.
Sebarang pertanyaan boleh ajukan di https://linktr.ee/puanumi
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#NHK
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.
WhatsApp kami