Pernah tak anda nak terbuang air tapi tiba-tiba pintu bilik air tu terkunci. Dah tak tertahan! Mesti rasa marah kan?

Begitulah perasaan waris-waris kita apabila ketiadaan kita nanti.

Semua harta milik kita terbeku, waris-waris tidak dapat manfaatkan sedangkan mereka sangat terdesak memerlukannya untuk meneruskan hidup.

Isteri terpaksa terus menerus membayar hutang-hutang suami kerana wang pusaka masih terbeku.

Isteri terpaksa teruskan hidup membesarkan anak-anak dengan kudrat sendiri kerana harta suami terbeku.

Anak kita yang menjadi yatim terpaksa menagih simpati memohon bantuan kerana hilang sumber kewangan.

Tapi jangan risau semua itu dapat dielakkan jika anda menyediakan 3 kunci pewarisan.

Apakah 3 kunci Pewarisan?

Kunci 1: Kunci Perolehan Kuasa
(Bagaimanakah cara yang mudah bagi berurusan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi untuk menuntut harta pusaka?)

Kunci 2: Kunci Pentadbiran
(Bagaimanakah proses mencairkan aset?)

Kunci 3: Kunci Pembahagian
(Bagaimanakah mengagihkan harta melalui pelbagai jenis kaedah seperti Hibah, Wasiat, Harta Sepencarian dan Amanah? )

Dengan 3 Kunci Pewarisan ini dapat memelihara kebajikan anak-anak selepas kita meninggal dunia. Untuk mendapatkan bantuan daripada Team Puan Umi, boleh hubungi kami melalui link berikut https://puanumibantu.wasap.my

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *