HARTA SUAMI MILIK SIAPA?

“Harta suami, harta saya, harta saya adalah harta saya”.

Pernah dengar ungkapan perkataan ini dikalangan wanita yang telah berkahwin?

Banyak wanita yang terkejut selepas kematian suami kerana mendapati bahagiannya cuma 1/8 sahaja bagi yang mempunyai anak dan 1/4 bagi yang tiada anak. Bahagiannya merupakan bahagian paling kecil berbanding waris faraid yang lain.

Saya pernah berjumpa wanita yang terkejut apabila melihat faraid suaminya. Beliau nampak tidak berpuas hati dengan bahagiannya yang dirasakan paling sedikit berbanding waris faraid yang lain.

Rasa tidak puas hati kerana beranggapan, beliau dan suami sama-sama berkerja dan mencari harta. Kenapa mesti ada hak orang lain terhadap harta yang beliau cari bersama suami dengan penuh susah payah.

Wanita ini menjadi sangat resah jika suami yang pergi terlebih dahulu. 

Apa yang dibimbanginya adalah satu-satunya rumah tempat berteduh mereka bersama dengan anak-anak. Kemana mereka hendak pergi jika ibu dan bapa suami mahu menuntut hak mereka?

Beliau faham bahawa harta ini amanah Allah. Beliau juga mahu hubungan dengan keluarga mertua sentiasa baik walaupun jika suami pergi terlebih dahulu. Namun dalam masa yang sama beliau mahu kebajikannya dan anak-anak tetap terpelihara walaupun suami telah tiada.

Mereka membeli rumah secara berkongsi nama. Rumah masih atas pinjaman bank dan akan habis dibayar selepas 20 tahun lagi.

Jika dalam tempoh ini suami meninggal dunia, bahagian 50% dari rumah tersebut perlu dibahagi mengikut faraid. 

Wanita ini mengakui beliau tidak mampu untuk menebus pusaka kerana hak ibu dan bapa mertuanya sahaja mencecah hampir rm200,000.

Setelah membuat analisa faraid dan senarai aset kepada pasangan suami dan isteri ini, saya menasihatkan mereka untuk menghibahkan rumah mereka kepada anak-anak. 

Jika rumah tersebut tidak di hibahkan, ianya akan mendatangkan kemudaratan yang lebih besar kepada wanita ini dan anak-anaknya.

Hibah yang digunakan disini ialah Hibah bersyarat Rugba. Dimana jika anak-anak mereka meninggal terlebih dahulu, rumah tersebut akan jatuh kembali kepada pemberi Hibah.

Membuat hibah bukan bermakna kita melarikan diri dari faraid. Pemberian hibah dengan penuh kasih sayang adalah untuk mengelakan konflik di masa hadapan kerana rumah adalah aset yang sukar dicairkan dan dibahagikan.

Sebarang pertanyaan boleh ajukan di https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374   

  

#faraid #pusaka #kirafaraid #hartapusaka #wasiyyahshoppe

#SD

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *