Ramai yang bertanya, mengapa Baitulmal termasuk dalam senarai penerima faraid. Jumhur ulama’ sepakat terdapat tiga sebab pewarisan iaitu keturunan, perkahwinan dan wala’. Mazhab Shafi’e dan Maliki menambah satu lagi sebab iaitu Agama Islam atau Baitulmal.
Baitulmal layak mewarisi pusaka secara asabah berdasarkan tiga keadaan:
1. Sekiranya si mati tidak mempunyai waris yang berhak mewarisi harta pusaka mengikut hukum faraid. Maka semua harta si mati dikembalikan kepada Baitulmal.
Contohnya, si mati hanya meninggalkan seorang atau beberapa orang anak angkat. Waris lain berdasarkan perkahwinan atau keturunan tidak ada. Anak angkat tidak layak mewarisi kerana bukan keturunan hakiki kepada si mati. Maka kesemua harta si mati jatuh kepada Baitulmal.
2. Sekiranya si mati meninggalkan waris yang berhak menerima pusaka, namun mereka hanya mewarisi sebahagian sahaja daripada harta pusaka itu. Maka bakinya diserahkan kepada Baitulmal.
Contohnya, si mati hanya meninggalkan seorang isteri dan seorang anak perempuan sahaja. Waris-waris lain seperti ibu bapa, adik-beradik atau waris-waris asabah yang lain tidak ada. Seorang anak perempuan layak mewarisi secara fardu sebanyak 1/2 manakala bahagian isteri 1/8. Baki sebanyak 3/8 diserahkan kepada Baitulmal.
3. Sekiranya si mati meninggalkan waris, tetapi mereka tidak tersenarai sebagai waris yang berhak mewarisi harta pusaka atau terhalang daripada menerima pusaka seperti waris dzawil arham, maka kesemua harta pusaka itu diserahkan kepada Baitulmal.
Contohnya, si mati semasa hayatnya mempunyai seorang anak perempuan tetapi anak itu telah mati dahulu daripadanya. Anak perempuan itu ada meninggalkan beberapa orang anak. Mereka ini dinamakan cucu daripada anak perempuan yang mati dahulu. Mengikut hukum faraid mazhab Syafi’e, mereka tidak mewarisi. Oleh kerana waris lain tidak ada, kesemua harta pusaka diserahkan kepada Baitulmal.
Sekiranya anda tergolong dalam keadaan seperti ini dan berniat untuk membahagikan harta mengikut hasrat yang anda inginkan, hibah adalah pilihan terbaik agar orang-orang yang anda sayang dapat memanfaatkan harta anda dengan sebaiknya, Jika tidak, maka faraid adalah kaedah pembahagian yang adil kepada semua penerima harta pusaka anda.
Sumber:
http://www.maidam.gov.my/index.php/en/harta-pusaka-yang-terhak-kepada-baitulmal
https://archive.sinarharian.com.my/sinar-islam/baitulmal-harta-pusaka-1.905217
Rancang kerana sayang.
Ingin tahu lebih lanjut? klik sini
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#hibah #wasiat #faraid #rumah2nama #rancangkeranasayang #puanumidotcom
©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.