“Saya nak buat hibah”.
“Rumah ini saya nak hibahkan kepada isteri”.
“Rumah yang di Cheras saya nak hibah kepada anak-anak perempuan saya”.
“Saya nak buat perancangan harta supaya waris-waris saya tidak bergaduh sesama sendiri”.
Ini antara personal mesej yang selalu kami dapat di page Puan Umi.
Tapi nanti dulu,
Hibah merupakan langkah ketiga yang dipanggil PEMBAHAGIAN.
Sebelum sampai kepada langkah ketiga , kita perlu sampai kepada Langkah pertama dan Langkah kedua dahulu.
Apa itu Langkah pertama dan Langkah kedua?
Langkah pertama dipanggil PEROLEHAN KUASA di mana merupakan proses paling penting dalam menguruskan harta. Tanpa melalui proses ini, waris tidak akan mendapat harta pusaka si mati.
PEROLEHAN KUASA ini boleh didapati di Mahkamah Tinggi Sivil jika harta RM2 juta ke atas, Pejabat Pusaka Kecil jika harta RM2 juta ke bawah (dengan syarat mempunyai sekurang-kurangnya satu hartanah) dan Amanah Raya jika hanya mempunyai harta alih sahaja bernilai RM600,000 ke bawah.
Selesai Langkah pertama untuk mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir/Probet/Letter of Administration/Perintah Amanah Raya, maka pentadbir bersedia menjalankan tugas mereka di Langkah kedua.
Langkah kedua di panggil proses PENTADBIRAN. Diperingkat ini pentadbir perlu menguruskankan harta si mati dengan cekap dan amanah. Pentadbir perlu memastikan hutang-hutang si mati diselesaikan terlebih dahulu sebelum harta dibahagi-bahagikan sama ada mengikut HIBAH/WASIAT 1/3 / HARTA SEPENCARIAN/ FARAID.
Seterusnya, baru kita pergi kepada langkah terakhir atau langkah ketiga. Langkah ini dipanggil sebagai PEMBAHAGIAN. Pada waktu ini barulah harta-harta boleh dibahagi kepada waris-waris yang berhak.
Bagi Langkah pertama dan Langkah kedua, pemilik harta boleh melanggan pakej KHAIRAT PUSAKA AL-WASITAH serendah RM50 sebulan bagi harta bawah RM2juta atau RM115 sebulan bagi harta di atas 2 juta. Waris akan dibantu oleh pihak professional untuk menguruskan harta selepas kematian pemilik harta.
Sila LIKE, KOMEN dan SHARE untuk manfaat bersama.
Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut, klik di sini
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang
#SD
Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.