Soalan:
Salam puan. Nak tanya, bagaimana pembahagian faraid sekiranya si suami itu mualaf. saudara baru. Yang mana keluarga si suami bukan beragama Islam?
Jawapan:
Waalaikumussalam WBT. Terima kasih atas soalan puan.
Apabila cerita tentang pewarisan, salah satu yang menghalang seseorang mewarisi pusaka adalah disebabkan perbezaan agama.
Ini berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Orang Islam tidak boleh mewarisi (harta) orang kafir dan orang kafir tidak boleh mewarisi (harta) orang Islam.” – Hadis Riwayat Al-Bukhari
Bagaimana jika dalam keluarga kita ada waris bukan Islam?
Kita ambil satu contoh situasi, En Mikail seorang mualaf. Ibubapa dan adik-beradik beliau bukan beragama Islam. Beliau ada seorang isteri dan seorang anak perempuan yang beragama Islam.
Jadi bila beliau meninggal dunia, waris yang layak terhadap pusaka beliau adalah isteri, anak perempuan dan Baitulmal dan masing-masing dapat bahagian seperti berikut:
Isteri – 1/8
Anak perempuan – 4/8
Baitulmal – 3/8
Macam dengan ibubapa kita yang bukan Islam, mereka adalah orang yang paling dekat dengan kita?
Walaupun ibubapa adalah orang yang paling dekat dengan kita, namun sekiranya ibubapa bukan Islam, mereka tetap tidak layak mewarisi pusaka yang ditinggalkan.
Jadi apakah kaedah yang sesuai jika kita berada dalam situasi seperti ini?
Hibahkanlah harta kita. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira agama. Jika anda memiliki ibubapa yang bukan beragama Islam dan berhasrat memberikan sebahagian harta kepada mereka, hibah adalah kaedah yang sesuai untuk anda.
Macam mana nak buat hibah? Tekan disini
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka
#uruspusaka #khairatpusaka
#rancangkeranasayang
Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.
WhatsApp kami