Setelah kita memahami melalui 4 siri sebelum ini berkaitan dengan tuntutan harta sepencarian di Mahkamah, kini kita telah memasuki siri yang terakhir berkaitan prosedur tuntutan harta sepencarian di Mahkamah. Harta Sepencarian hanya boleh dituntut di Mahkamah Tinggi Syariah sahaja dan setiap negeri ada sebuah Mahkamah Tinggi Syariah.  

Senarai Mahkamah Tinggi Syariah :

  1. Mahkamah Tinggi Syariah Selangor, Shah Alam
  2. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Taman Sri Hartamas
  3. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan, Jalan Tun Mustapha, Labuan
  4. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Putrajaya. Presint 3
  5. Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Perlis, Kangar
  6. Mahkamah Tinggi Syariah Kedah, Bandar Muadzam Shah
  7. Mahkamah Tinggi Syariah Pulau Pinang, Georgetown
  8. Mahkamah Tinggi Syariah Perak, Ipoh
  9. Mahkamah Tinggi Syariah Kelantan, Kota Bharu
  10. Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kuala Terengganu
  11. Mahkamah Tinggi Syariah Pahang Darul Makmur, Kuantan
  12. Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan, Bandar Sri Sendayan
  13. Mahkamah Syariah Negeri Melaka, Hang Tuah Jaya, Melaka
  14. Mahkamah Tinggi Syariah Johor Darul Takzim, Johor Bahru
  15. Mahkamah Tinggi Syariah Pantai Barat Selatan, Kota Kinabalu, Sabah
  16. Mahkamah Tinggi Syariah Kuching, Sarawak

 

Perkara Yang Diperlukan Semasa Membuat Tuntutan Harta Sepencarian:

  1. Jenis harta, sama ada harta alih atau tak alih
  2. setakat mana banyaknya sumbangan dalam pemilikan harta tersebut
  3. dokumen-dokumen pembelian atau pemilikan harta / aset seperti tanah, rumah, kereta atau syer saham
  4. saksi-saksi yang boleh menerangkan bagaimana pemilikan harta / aset itu, sama ada berpunca daripada usaha bersama atau usaha tunggal satu pihak
  5. bukti tanggungan-tanggungan salah satu pihak seperti hutang-piutang atau anak-anak dalam jagaan.

 

Setiap Permohonan Oleh Pemohon Perlulah Mengemukakan Dokumen Atau Butir-butir Berikut:

A. Butir-butir perkahwinan

  1. Surat nikah asal / surat cerai asal
  2. Sijil kelahiran anak-anak

  B. Butir-butir Pihak Kena Tuntut

  1. Nama / Alamat / Pekerjaan Suami / Isteri
  2. Nama / Alamat Majikan Suami / Isteri
  3. Butir-butir tentang harta
  4. Dokumen sokongan lain yang berkaitan, jika ada

  C. Nilai taksiran harta tersebut oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta D. Sijil Kematian E. Surat Mentadbir Harta Pusaka / Probet / Pemberian Senarai semak dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran Tuntutan Harta Sepencarian dan Cara-Cara Mengisi Borang Tuntutan Harta Sepencarian adalah seperti gambar di bawah. harta-sepencarian harta-sepencarian harta-sepencarian harta-sepencarianharta-sepencarian harta-sepencarian   Rujukan: 1. Kertas Kerja 8: Harta Sepencarian – Klasifikasi, Prosedur dan Pelaksanaan di Mahkamah Syariah di Malaysia oleh Dato Haji Abdul Walid bin Abu Hassan, Penasihat Pembangunan Dasar dan Pengurusan Syariah (Pakar Rujuk) Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) 2. Harta Sepencarian oleh Jabatan Bantuan Guaman

 

©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *