Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur
Umi Khlsom
Graduan BSc In Computer Science dari CSUS-Stanislaus, California, USA dan Islamic Financial Planner (IFP). Mempunyai pengalaman lebih 16 tahun dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.
Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan. Ia adalah satu bentuk kasih sayang, tanggungjawab, dan perlindungan.
Table of Contents
Pengenalan
“Siapa yang perlu buat perancangan harta atau pusaka?”
Itulah soalan yang ditanya oleh seorang sahabat saya baru-baru ini.
Jawapan saya?
Sesiapa sahaja yang mempunyai harta atas nama sendiri—lebih-lebih lagi jika mereka mempunyai anak di bawah umur 18 tahun.
Apabila kita bergelar ibu bapa, perancangan harta bukan lagi sekadar soal kewangan.
Ia adalah satu bentuk kasih sayang, tanggungjawab, dan perlindungan.
Kepentingan Merancang Harta Buat Anak Bawah Umur
- Melantik Penjaga Sah (Guardian)
Jika kedua-dua ibu bapa meninggal dunia secara tiba-tiba, siapa yang akan menjaga anak-anak? Tanpa penamaan penjaga dalam wasiat, mahkamah akan tentukan dan mungkin bukan seperti yang anda harapkan. Perancangan harta beri anda suara dalam menentukan masa depan anak.
- Mengurus Harta Anak Secara Bijak
Anak bawah 18 tahun tidak boleh mengurus wang atau harta secara sah. Tanpa perancangan seperti hibah atau trust, harta mungkin diurus oleh pihak yang tidak anda pilih. Perancangan memastikan harta anak diurus secara amanah dan bertanggungjawab.
- Elak Kelewatan & Pembekuan Harta
Walaupun harta kecil seperti rumah atau kereta, jika tiada dokumen yang betul, harta boleh dibekukan. Tanpa pelantikan wasi, proses tuntutan boleh ambil masa berbulan atau bertahun. Perancangan awal bantu ringankan beban waris yang ditinggalkan.
- Menyatakan Hasrat Khas dengan Jelas
Mungkin anak anda ada keperluan khas, atau anda ingin pastikan mereka terus belajar agama atau ikut cara hidup tertentu. Perancangan melalui wasiat, hibah atau trust membolehkan anda nyatakan hasrat ini dengan jelas.
- Lindungi Anak Daripada Risiko Penipuan
Anak-anak yang mewarisi harta tanpa panduan mudah jadi mangsa manipulasi. Melantik pentadbir atau pemegang amanah yang dipercayai akan lindungi hak mereka.
Kesimpulan
Perancangan harta bukan soal takut mati. Ia soal menyediakan kestabilan dan perlindungan untuk mereka yang anda cintai, jika sesuatu yang tak dijangka berlaku.
Rancang Sekarang
Anda belum lewat untuk mula merancang. DM saya untuk sesi konsultasi mesra & percuma—saya sedia bantu anda buat keputusan terbaik untuk masa depan anak-anak.
