“Hai akak, untung lah dapat tinggal kat rumah besar ni,” sindir Salina ipar Puan Fatimah
“Untunglah, akak berdua je dengan suami. Tapi akak kena ingat, rumah ni nama abang kami.”
“Kami adik beradik ada hak tau. Bila abang meninggal nanti, faraid kami adik beradik dalam rumah ni ada.”
“Puan, macam tu lah keadaan perangai ipar duai saya setiap kali datang rumah,” jelas Puan Fatimah, nampak di raut wajahnya cuba menahan kesedihan.
Puan Fatimah meluahkan kesedihan yang berlaku padanya semenjak suaminya mengidap penyakit strok.
Sejak suami sakit, adik beradik selalu datang ke rumah. Bukan mereka nak bertanya khabar tentang suami Puan Fatimah. Tetapi mereka asyik bertanyakan tentang rumah mereka.
Abang belum lagi meninggal, tapi tergamak adik beradik bertanya tentang rumah.
Puan Fatimah berusia lewat 40an, seorang suri rumahtangga, merupakan isteri kepada Encik Ramlan berusia lewat 50an.
Mereka tidak dikurniakan anak. Kedua ibu bapa Encik Ramlan telah lama meninggal dunia.
Encik Ramlan mempunyai 8 orang adik beradik (5 lelaki, 3 perempuan). Semuanya telah berkahwin.
Encik Ramlan merupakan seorang kontraktor. Perniagaannya semakin merosot sejak beliau mengidap Strok.
Puan Fatimahlah yang setia menjaga suami tercinta.
Apa yang dia faham, hibah adalah langkah yang selamat untuk memastikan rumah mereka tidak jatuh ke tangan adik beradik suami.
Namun, Puan Fatimah agak terkilan kerana suami sudah tidak mampu lagi untuk membuat hibah kerana suaminya sekarang tidak dapat berfikir dengan baik kerana sakit.
Antara rukun hibah ialah pemberi hibah mesti berada dalam keadaan waras akal fikiran ketika memberi hibah.
Semoga kisah benar ini memberi ikhtibar dan pelajaran untuk kita semua.
Ingat lima perkara sebelum lima perkara:
Sihat sebelum sakit,
Muda sebelum tua,
Kaya sebelum miskin,
Lapang sebelum sempit,
Hidup sebelum mati.
Hubungi kami segera merancang dari sekarang, agar tidak susah dikemudian hari.
Klik di sini:
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
#hibah #wasiat #faraid #pusaka
#rancangkeranasayang
#NMR
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.
WhatsApp kami