Hukum Faraid

Picture of Nur Ain Zafirah Akib

Nur Ain Zafirah Akib

Merupakan graduan Ijazah Sarjanamuda Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini giat dalam membantu umat Islam merancang pewarisan harta.

Hukum berkaitan Faraidh dibahagikan kepada dua bahagian: 1) Hukum pelaksanaan pembahagian Faraidh. 2) Hukum mempelajari ilmu faraid. Disini kami huraikan dengan lebih lengkap mengenai hukum faraid.

Table of Contents

Hukum Faraid - Pelaksanaan Pembahagian

Pelaksanaan pembahagian faraidh adalah wajib. Dalam erti kata yang lain, apabila seseorang meninggal dunia, harta pusaka yang si mati tinggalkan wajib dibahagikan mengikut faraidh.

Kewajipan ini disebut dalam Al-Quran dan As-Sunnah:

Firman Allah SWT:

يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلَادِكُمْ ۖ

Yang bermaksud: “Allah perintahkan kamu (mengenai pembahagian harta pusaka) untuk anak-anak kamu,”

(Surah An-Nisaa’ : Ayat 11)

Hadis daripada Abdullah bin ‘Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

أَلْحِقُوا الفَرائِضَ بأَهْلِها، فَما بَقِيَ فَهو لأوْلَى رَجُلٍ ذَكَر

Yang bermaksud: “Hendaklah kamu berikan fardu-fardu kepada ahli-ahlinya, apa yang berbaki maka untuk lelaki yang lebih utama.”

(Riwayat al-Bukhari)

Adapun sekiranya terdapat ahli waris yang tidak ingin mengambil bahagian faraid, mereka boleh melepaskan bahagian tersebut atau disebut sebagai takharuj namun mereka wajib tahu bahagian masing-masing terlebih dahulu. 

Contohnya, Ali meninggal dunia dan meninggalkan seorang isteri, seorang anak perempuan dan seorang saudara saudara lelaki seibu sebapa. Ali juga meninggalkan pusaka bernilai RM 800,000.

Mengikut pembahagian faraid, waris-waris Ali layak menerima bahagian seperti berikut:

Isteri – 1/8 bahagian = RM 100,000.00

Anak perempuan – 1/2 @ 4/8 bahagian = RM 400,000.00

Saudara lelaki seibu sebapa – baki @ 3/8 bahagian = RM 300,000.00

Saudara lelaki seibu sebapa wajib tahu dahulu bahagian dan nilai yang layak diterima jika hendak melepaskan bahagian faraidh. Ini penting untuk mengelakkan rasa tidak puas hati dikemudian hari.

Hukum Faraid - Mempelajari Ilmu Faraid

Berbeza dengan hukum pelaksanaan, hukum mempelajari ilmu faraidh adalah fardhu kifayah. 

Fardhu kifayah bermaksud hanya sebahagian umat Islam yang wajib mempelajari dan menyampaikan ilmu ini. Seseorang itu tidak wajib mempelajari sekiranya ada orang lain telah menunaikan kewajipan tersebut.

Sekiranya dia tetap ingin belajar, maka hukum mempelajari ilmu ini menjadi sunat.

hibah duit kwsp
Hibah

Bolehkah Hibah Duit KWSP?

Kaedah Terbaik Persediaan Urus Harta Pusaka Hampir setiap individu yang bekerja secara formal mempunyai caruman KWSP. Oleh itu, ramai juga

Read More »
Sejarah Pewarisan Harta Pusaka
Ilmu Pewarisan Harta

Sejarah Pewarisan Harta Pusaka

Sejarah Pewarisan Harta Pusaka Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab pada zaman Jahiliyyah mengamalkan sistem warisan yang tidak adil dan menindas,

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *