Harta Sepencarian – Siri 2: Apakah Perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian?

Picture of Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Noor Hafiz Hj Kamaruddin

Merupakan perunding berdaftar dalam bidang perancangan dan pengagihan harta seperti wasiat, hibah dan pengurusan pusaka.

Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kita meneruskan perbincangan kepada perkara-perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian.

Table of Contents

Pendahuluan

Kita kembali ke Siri Ke-2 Harta Sepencarian.

Setelah kita faham dan jelas tentang maksud “Harta Sepencarian” menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam, kita meneruskan perbincangan kepada perkara-perkara yang diambil kira dalam menentukan Harta Sepencarian. Jika anda masih belum jelas tentang apakah itu Harta Sepencarian, anda boleh klik pada pautan di bawah.

2 Perkara yang dinilai dalam Menentukan Harta Sepencarian

  • Sumbangan Secara Langsung

Sumbangan secara langsung adalah sumbangan yang dibuat oleh kedua-dua pihak dalam bentuk modal dan wang bagi membeli sesuatu aset atau harta berkenaan.

Antara contoh-contoh sumbangan secara langsung adalah:

a. mengeluarkan wang membayar deposit dan ansuran bulanan

b. menggunakan nama dalam aset

c. menggunakan pengaruh diri dalam mendapatkan aset

d. menggunakan nama bapa / keluarga yang mempunyai pengaruh tertentu

e. membuat pinjaman dengan syarikat tempat pasangan bekerja

f. mengisi borang permohonan, menyerahkan kepada pemaju, membuat tindakan-tindakan susulan

g. berusaha mendapatkan peguam cara bagi menguruskan pemilikan aset

h. menggunakan dua nama dalam membuat pinjaman

i. menjadi penjamin kepada peminjam

  • Sumbangan Secara Tidak Langsung

Sumbangan secara tidak langsung adalah sumbangan yang bukan dalam bentuk wang atau benda, tetapi membolehkan untuk mendapatkan sesuatu aset atau harta. Sumbangan ini boleh dilihat seperti memberi idea, dorongan, nasihat, memberi semangat, menjaga keselesaan, menimbulkan ketenteraman dan sebagainya kepada pasangan yang berusaha secara langsung dan berjaya mendapatkan harta atau aset tersebut.

Antara contoh-contoh sumbangan tidak langsung adalah:

a. menjadi isteri yang taat dan bertanggungjawab serta sentiasa menjaga kehormatan suami

b. memelihara rumah tangga atau menjaga keluarga untuk memberi keselesaan kepada suami dalam memperoleh aset

c. menemani suami semasa suami berurusan untuk memperoleh harta tersebut

d. menjaga dan memelihara anak-anak yang masih di bawah umur dengan baik

e. menjaga makan minum suami dan pakaian suami dengan baik dan teratur

f. menjaga suami yang terlantar sakit dengan sabar

g. bekerja dan menggunakan duit gaji membantu meringankan beban suami dalam rumahtangga

Penutup

Kita akan mengupas lagi berkenaan topik Harta Sepencarian dalam posting yang akan datang.

Rukun Pusaka
Ilmu Pewarisan Harta

Rukun Pusaka

Rukun Pusaka Pembahagian harta pusaka ini bukannya mudah. Ianya memerlukan ilmu faraid yang tepat dan mendalam. Pembahagian harta pusaka mengikut

Read More »
pengenalan hibah
Hibah

Pengenalan Hibah

Pengenalan Hibah Hibah merupakan amalan pemberian yang penuh makna dan manfaat, seringkali menimbulkan persoalan tentang keadilan dan hak. Ketahui lebih

Read More »
jenis hibah bersyarat
Hibah

Jenis Hibah Bersyarat

Jenis Hibah Bersyarat Secara umumnya terdapat dua jenis hibah bersyarat yang biasa diamalkan iaitu hibah al-‘umra dan hibah al-ruqba. Table

Read More »

Kongsikan:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *