FITNAH HARTA
Puan Mia bertemu dengan saya untuk memahami tentang pengurusan dan perancangan harta pusaka – Hibah, Wasiat dan Faraid.
Niat beliau dengan ilmu itu beliau dapat membantu pelanggan beliau supaya harta mereka dapat diwarisi oleh ahli keluarga dengan mudah.
Beliau bekerja di bank luar bandar. Selalu bertemu dengan pelanggan, bermacam-macam cerita pusaka yang beliau dengar.

Ada satu kes bapa datang ke bank nak tuntut duit arwah anak. Bapa buat cerita yang anak menantu adalah perempuan yang tidak baik semata-mata kerana mahukan duit pusaka anak.
Ada kes isteri dan anak-anak dihalau dari rumah disebabkan perebutan harta pusaka.
Bukan orang bandar sahaja yang ada masalah, orang kampung pun serupa.
Ya kita boleh bersangka baik kepada ahli keluarga. Memang patut pun. Tetapi menjadi kewajiban kita untuk merancang supaya hutang kita dapat dibayar oleh waris selepas kita tiada. Untuk isteri dan anak-anak sediakanlah wang sara hidup paling kurang setahun perbelanjaan serta tempat tinggal.
Kita juga boleh buat Wasiat 1/3 untuk sedeqahkan sebahagian harta buat anak yatim, fakir miskin dan lain-lagi. Itu semua dapat membantu kita di alam kubur.
Kalau kita tinggalkan waris dalam keadaan sengsara dan bercakaran, kita di alam kubur rasa-rasanya tenang ke?
Tepuk dada tanya diri sendiri!
Dapatkan bantuan daripada Team Puan Umi sekarang melalui link berikut https://puanumibantu.wasap.my
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
016 216 7374
©Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI. Mohon buat laporan kepada admin jika ada yang menggunakan penulisan PUAN UMI untuk kegunaan peribadi di mana-mana blog, website, page atau Facebook profile selain PUAN UMI. Sila tekan butang share jika mahu berkongsi penulisan ini.
