Pewarisan Perniagaan

Instrumen wasiat sering diabaikan oleh kebanyakkan orang. Padahal ia sangat membantu pemilik harta memastikan harta tersebut diurus dengan betul selepas kematian. Begitu juga memberi ruang kepada pemilik harta membuat kebajikan selepas kematian tidak lebih 1/3 harta yang ditinggalkan.

Mengapa Perlu Tahu Tentang Pewarisan Perniagaan Anda?

Masalah Pewarisan Syarikat
Usahawan muslim di Malaysia berdepan dengan cabaran perniagaan mereka tidak dapat berterusan selepas kematian pemilik syarikat.

Usahawan muslim di Malaysia berdepan dengan cabaran perniagaan mereka terpaksa tutup selepas kematian pemilik kerana pewarisan perniagaan mereka tidak dirancang dengan baik..

Membina legasi bergenerasi didalam perniagaan atau Build to Last Organisation adalah antara cita-cita usahawan yang berwawasan. 

Untuk berjaya, perniagaan biasanya mengambil masa yang lama dalam pasaran untuk melabur dan berkembang.

Oleh itu, adalah lumrah pemilik perniagaan untuk mahukan perniagaan itu diteruskan oleh ahli yang mereka percayai. 

Namun menurut Dr Ernesto J.Poza, hanya 0.1% syarikat sahaja yang berjaya diwarisi hingga generasi yang ke-4.

Cabaran Yang Perlu Dilalui Waris

Perniagaan berdepan dengan risiko kelangsungan perniagaan apabila pemilik meninggal dunia dari sudut:

Sign document
Isu Penandatangan Cek

Siapa yang akan tandatangan cek syarikat? Bagaimana nak keluarkan duit dari bank untuk kos operasi syarikat jika usahawan itu sudah tiada?

Business owner
Pemilikan Saham Syarikat

Siapa yang akan memimpin syarikat? Siapakah yang akan menjadi pemimpin dan pemegang saham syarikat menggantikan usahawan itu? Pertelingkahan keluarga kemungkinan besar akan berlaku sekiranya perniagaan itu berpotensi dan mempunyai aset yang banyak. Memang benar hukum faraid telah menetapkan bahagian untuk waris namun ia tidak menetapkan siapa yang akan mewarisi saham syarikat atau menjadi peneraju syarikat.

urus pusaka
Proses Undang-Undang Yang Rumit

95% waris hilang punca dan tidak tahu apa yang perlu di buat bila berlaku kematian. Di mana nak mula?

Banner Profil Puanumi
Caj Pengurusan Pusaka Yang Mahal

Bila waris tidak tahu proses undang-undang pewarisan harta pusaka, maka kebanyakkan waris akan mendapatkan perkhidmatan pihak ketiga seperti peguam atau syarikat amanah. Caj yang dikenakan oleh pihak ini boleh mencecah hingga lima peratus dari nilai harta pusaka kerana itulah peruntukan yang dibenarkan oleh Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Siapa antara waris yang sanggup membayar kos atau caj pengurusan tersebut?

Pelbagai lagi manfaat perancangan harta melalui wasiat. Wasiat membantu seseorang sekiranya dibuat dengan cara yang betul.

Apakah Solusi Terbaik Bagi Kelangsungan Syarikat Anda?

Hibah saham Syarikat

Siapa yang ada perniagaan atau syarikat, boleh pilih 2 cara:
peace of mind
Business Succession

Waris yang ada akan menyambung aktiviti perniagaan.

konsultasi
Business Exit

Memberi arahan untuk menutup syarikat atau syarikat diserahkan kepada orang lain (pemilik saham yang lain atau orang luar).

Mengapa Angkasawan Malaysia Memilih Wasiyyah Shoppe Berhad?

Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah memilih Wasiyyah Shoppe Berhad di dalam membuat dokumen Perancangan Harta.

Wasiyyah Shoppe Berhad berjaya membantu selesaikan urusan pusaka

Wasiyyah Selesaikan Kes Pusaka Rm700 Juta
Scroll to Top