Pengurusan Amanah
Sebahagian masyarakat berkeperluan untuk harta-harta mereka dipegang secara amanah oleh organisasi profesional bagi tujuan tertentu.
Mengapa Perlu Kepada Pengurusan Amanah?
Antara sebab kepada situasi ini:

Waris Mereka Masih di Bawah 18 Tahun
Jika berlaku kematian dan waris-waris di bawah umur ini berhak ke atas satu amaun pusaka yang besar atau harta pusaka yang bernilai tinggi, ada kemungkinan pemegang amanah harta yang dilantik Mahkamah dari kalangan individu akan menyalahgunakan amaun atau harta pusaka tersebut.

Waris Kurang Berdisiplin dan Amanah
Dibimbangi waris-warisnya kurang berdisiplin dalam menguruskan amaun pusaka yang banyak atau harta pusaka yang bernilai tinggi. Ada kebarangkalian waris-waris boros berbelanja menyebabkan harta pusaka yang diterima habis digunakan atau dijual di dalam masa yang singkat sahaja.

Waris Terdiri daripada Golongan OKU
Terdapat waris-waris yang terdiri dari golongan OKU. Mereka juga layak menerima harta pusaka dan dibimbangi pemegang amanah harta bagi waris OKU ini akan menyalahgunakan harta pusaka yang sepatutnya milik OKU ini.

Harta Tidak Diagihkan Sebaiknya
Pemilik harta mahukan sebahagian dari hartanya tidak diagihkan, sebaliknya diuruskan secara professional dan kolektif untuk menjana pendapatan dan dimanfaatkan oleh generasi yang akan datang.
Pelbagai lagi manfaat perancangan harta melalui wasiat. Wasiat membantu seseorang sekiranya dibuat dengan cara yang betul.
Solusi Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Harta yang boleh dipegang dan diurus oleh Wasiyyah Shoppe Berhad sebagai pemegang amanah ialah:

Hartanah
Memastikan pemilikan hartanah dapat dipindahkan dengan lebih tersusun kepada waris atau penerima yang dihasratkan.

ASNB
Bahagian ini merujuk kepada hasrat pemilik harta tentang bagaimana harta ingin diagihkan selepas meninggal dunia.

Wang Tunai
Pengisytiharan ini penting supaya waris mengetahui senarai aset yang dimiliki, akaun bank, rumah, tanah, kenderaan, pelaburan atau takaful dan termasuk hutang yang masih belum selesai.

Pemberian Harta Kepada Bukan Waris
Dalam Islam, wasiat boleh digunakan untuk memberikan harta kepada pihak yang bukan waris faraid.
Mengapa Angkasawan Malaysia Memilih Wasiyyah Shoppe Berhad?
Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor telah memilih Wasiyyah Shoppe Berhad di dalam membuat dokumen Perancangan Harta.
Wasiyyah Shoppe Berhad berjaya membantu selesaikan urusan pusaka
