Tuntutan Pusaka
Fahami bagaimana khairat pusaka boleh membantu menjamin masa depan waris anda dengan pengurusan harta yang teratur.
Ramai waris yang buntu dalam menguruskan harta pusaka si mati.
Kami memahami betapa sukarnya menghadapi kehilangan orang tersayang apatah lagi ditambah dengan proses urusan pusaka yang rumit.
Apakah yang waris perlu lakukan? Dengan siapa atau pihak manakah yang waris patut berurusan? Berapakah fi yang akan dikenakan?
Kami berdedikasi untuk menyediakan perkhidmatan tuntutan pusaka yang profesional dan berempati, membantu waris menguruskan pusaka dengan tenang dan yakin.
Bagaimana Kami Membantu Anda?
Pelbagai punci masalah harta beku di Malaysia. Antara puncanya ialah:

Konsultasi dan Pengumpulan Dokumen
Kami menyediakan khidmat konsultasi dan membantu menyediakan semua dokumen yang diperlukan.

Semakan Status Ahli Waris Melalui Analisi Faraid dan Analisa Aset
Menyediakan pengiraan faraid dan menjelaskan segala hukum faraid agar lebih difahami

Pengurusan Tuntutan di Pejabat Pusaka Kecil
Kami membantu anda menguruskan tuntutan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil dengan mudah dan cepat.

Konsultasi Komprehensif Agar Anda Rasa Yakin & Tenang
Pakar kami berpengalaman dalam menguruskan tuntutan pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil.
Permohonan dokumen penting seperti Surat Kuasa Mentadbir, Perintah Pembahagian, Geran Probet / Letter of Administration dan Distribution Order.
Dan banyak lagi.....
Bagaimana Proses Dijalankan
Berikut adalah proses yang akan dilalui oleh pelanggan sekiranya mengambil khidmat dengan pihak kami:

Langkah 1 - Konsultasi Awal
Sesi perbincangan dan penerangan bersama waris-waris.

Langkah 2 - Pengumpulan Dokumen
Mengumpulkan semua dokumen yang diperlukan dengan lengkap.

Langkah 3 - Pengurusan Tuntutan
Menguruskan proses tuntutan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil.

Langkah 4 - Penyelesaian & Sokongan Berterusan
Memberikan sokongan sehingga urusan pusaka diselesaikan.
Apa yang Kami Tawarkan Kepada Anda
Kami menawarkan 2 solusi untuk pengurusan harta pusaka:
Pengurusan Tuntutan Pusaka di Pejabat Pusaka Kecil
Pengurusan Tuntutan Pusaka di Mahkamah Tinggi Sivil
Apa Kata Waris-Waris?
Perkongsian khusus daripada waris-waris yang menerima mendapat khidmat pengurusan pusaka daripada pihak Wasiyyah.
Lebih RM700 Juta Kes Pusaka Berjaya Diselesaikan
Perkongsian khusus daripada waris-waris yang menerima manfaat daripada Khairat Pusaka Al-Wasitah.
