Khairat Pusaka (Al-Wasitah)

Fahami bagaimana khairat pusaka boleh membantu menjamin masa depan waris anda dengan pengurusan harta yang teratur.

Tahukah tuan puan,terdapat RM70 bilion harta beku di Malaysia dan 90% daripadanya adalah milik orang Islam?

90 Bilion Harta Pusaka Beku 1

Pada tahun 2020 sahaja, sejumlah RM70 bilion harta pusaka yang dibekukan adalah milik umat Islam dan sebahagian besar daripada harta yang beku itu adalah dalam bentuk hartanah dan wang. Jumlah ini jika disimpan di dalam bank, dividennya sahaja boleh membiayai kos pengurusan 10 universiti selama 20 tahun!

Mengapa Masalah Ini Berlaku?

Pelbagai punci masalah harta beku di Malaysia. Antara puncanya ialah:

bk pum (1)
Waris Tidak Faham Hukum

Waris tidak mengetahui tentang hukum-hukum berkaitan harta pusaka; siapa yang layak terima dan berapa bahagian mereka, tuntutan hutang ke atas harta pusaka. Ini menyebabkan timbul perselisihan di antara waris yang menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas.

bk pum (2)
Waris Tidak Tahu Proses

Biasa berlaku di mana waris tidak tahu apa proses yang perlu dilalui, di mana ingin bermula, apa borang yang perlu diisi, apa dokumentasi yang perlu dilampirkan, apa proses yang perlu dilalui. Waris juga tidak faham bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad. Waris tak tahu di mana proses tuntutan perlu difailkan, apatah lagi jika waris yang ditinggalkan ibubapa yang telah lanjut usia atau anak-anak yang masih kecil.

bk pum (3)
Waris Tiada Masa

Untuk melalui proses perundangan di atas , waris tiada masa kerana mereka perlu berurusan dengan agensi – agensi di atas pada hari dan waktu bekerja. Ini menyebabkan ada waris yang tepaksa mengambil cuti bagi menguruskan urusan pusaka dan ini membebankan waris.

bk pum (4)
Pengurusan Pusaka Yang Mahal & Membebankan

Oleh kerana proses pengurusan pusaka ini tidak mudah, maka fi pengurusan pusaka yang dikenakan pihak ketiga juga tidak murah. Ia boleh melibatkan kos dari 1% sehingga 5% dari nilai harta pusaka kasar. Fi ini tidak termasuk fi rampaian yang mungkin timbul dari pengurusan kes ini. Fi-fi ini sama ada ditolak dari harta pusaka atau perlu dibayar oleh waris sekiranya simati tidak meninggalkan harta tunai dari harta pusakanya. Ini membebankan waris.

Kami Ada Solusi Untuk Anda

Wasiyyah Shoppe Berhad memperkenalkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka AL WASITAH untuk rakyat Malaysia. Dengan penjimatan sehingga 90% daripada kos pengurusan pusaka, perkhidmatan ini memberikan manfaat kepada pelanggan semasa hidup dan manfaat kepada waris selepas kematian pelanggan.

Ketenangan Dengan Khairat Pusaka

Antara manfaat peserta khairat pusaka ialah:

Mengapa Anda Perlukan Khairat Pusaka?

3 Situasi yang pemilik harta tak boleh lari:

bk pum (6)
Kematian

Kematian itu pasti, tiada siapa terlepas. Persiapkan pewarisan harta anda dengan baik untuk waris tersayang.

bk pum (7)
Cukai Pendapatan

Cukai pendapatan wajib dibayar untuk kepentingan negara dan mengelakkan masalah kewangan di masa depan.

bk pum (5)
Pengurusan Pusaka

Setiap waris perlu melalui proses pengurusan pusaka selepas kematian untuk memastikan harta dapat diturunmilik dan dimanfaatkan.

Pakej Al-Wasitah

Pihak kami menawarkan 2 pakej Al-Wasitah mengikut kesesuaian peserta.

Al-Wasitah Mutiara

Pakej ini bermula RM65 (tidak termasuk SST).

Al-Wasitah Berlian

Pakej ini bermula RM175 (tidak termasuk SST).

Apa Kata Mereka Tentang Al-Wasitah?

Perkongsian khusus daripada waris-waris yang menerima manfaat daripada Khairat Pusaka Al-Wasitah.

Ramai Sudah Mendapat Manfaat

Perkongsian khusus daripada waris-waris yang menerima manfaat daripada Khairat Pusaka Al-Wasitah.

Wasiyyah Selesaikan Kes Pusaka Rm700 Juta
Scroll to Top