Waris-waris saman menyaman kerana pusaka?
Pada Februari 2020, Malaysia telah digemparkan dengan berita kematian mengejut salah seorang selebriti tanah air. Tidak lama selepas itu, muncul pula isu yang cukup hangat menjadi topik perbualan iaitu berkaitan harta pusaka yang arwah tinggalkan.
Dalam kes ini, waris berbalah sehingga saman-meyaman antara isteri dan keluarga mentua. Isteri terpaksa keluar rumah, kereta ditarik sehingga isteri terpaksa pergi ke Mahkamah Syariah untuk mendapatkan sijil faraid.
Jika diteliti lebih lanjut, kes pusaka arwah bukanlah kes yang rumit. Waris-waris yang layak menerima harta pusaka arwah terdiri daripada ayah, ibu, seorang isteri dan seorang anak lelaki bawah umur. Adik-beradik tidak layak terhadap harta pusaka yang arwah tinggalkan kerana terhalang oleh ayah dan anak lelaki arwah.
Bahagian pusaka setiap waris adalah seperti berikut:
Ayah dapat 4/24
Ibu dapat 4/24
Isteri dapat 3/24
Anak lelaki dapat asobah iaitu bakinya sebanyak 13/24
Namun begitu, isu ini menjadi rumit kerana banyak benda yang waris-waris kurang faham. Bila berlaku kematian kebiasaannya waris-waris menjadi buntu.
Waris tak tahu bila seseorang meninggal, harta menjadi beku dan perlu dicairkan melalui pelbagai prosedur. Nak urus pusaka tapi waris tak tahu apa perkara pertama yang perlu dilakukan? Bagaimana hendak di uruskan? Siapa yang akan uruskan? Dokumen apa yang diperlukan? Dimana boleh diuruskan?
Disebabkan waris tak tahu, ada yang pergi bank dan keluarkan sejumlah wang melalui ATM kerana tahu password akaun si mati. Walhal tindakan ini salah disisi undang-undang dan boleh disabitkan atas kesalahan mengambil hak orang lain. Inilah juga punca berlaku kes saman menyaman sesama ahli waris.
Disebabkan waris tak tahu hukum faraid, semua ahli keluarga menganggap mereka layak terhadap pusaka si mati. Masing-masing inginkan hak hinggakan berbalah dan sanggup putuskan silaturrahim. Hak anak yatim yang seharusnya diutamakan pula terabai.
Tidak kurang ramai juga beranggapan tuntutan pusaka selesai dengan mendapatkan sijil faraid di Mahkamah Syariah. Walhal adakalanya sijil faraid tidak diperlukan. Sebenarnya waris perlu dapatkan surat kuasa dahulu sebelum harta pusaka dapat dibahagikan.
Waris perlu pergi Pejabat Pusaka, Mahkamah Tinggi atau Amanah Raya bergantung pada nilai harta dan jenis harta yang ada. Disebabkan waris tak tahu, prosedur semakin panjang dan akhirnya waris mengalah sehingga menyumbang kepada pertambahan RM70 bilion harta beku.
Ramai tak tahu pentingnya membuat perancangan harta. Ada yang menganggap perancangan harta hanya untuk orang kaya walhal yang miskin lebih banyak berbalah. Buat yang masih bernyawa, selagi masih ada kudrat dan peluang, rancanglah harta anda hari ini, moga harta itu menjadi sebab ukhwah, bukan punca masalah.
Buatlah pilihan yang tepat kepada insan-insan tersayang, dapatkan khidmat nasihat PERCUMA daripada kami sekarang:
Kongsikan agar lebih ramai yang mendapat informasi untuk bertindak.
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta

Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI