Pada perkongsian sebelum ini, kita telah didedahkan tentang keperluan untuk membuat wasiat pentadbiran (melantik pentadbir harta) semasa hidup. Dan kali ini, saya akan perincikan pula siapakah yang perlu kepada wasiat pentadbiran ini.
1. Waris tidak muafakat
Selepas berlaku kematian, salah satu masalah yang kerap dihadapi oleh waris adalah melantik pentadbir yang akan uruskan pusaka si mati. Siapa yang akan failkan permohonan? Siapa yang nak keluarkan kos terlebih dahulu?
Kalau kita melantik pentadbir, masalah ini dapat dielakkan dan urusan pusaka akan lebih mudah.
2. Individu yang memiliki aset melebihi RM 2 juta.
Seperti yang telah dikongsikan sebelum ini, jika tiada wasiat pentadbiran dibuat semasa hidup, maka pihak mahkamah memerlukan pemohon (waris) menyediakan dua orang penjamin yang jumlah hartanya sama nilai harta pusaka kita.
Kalau kita buat wasiat pentadbiran semasa hidup, waris tidak perlu bersusah-payah mencari penjamin dan serahkan bon jaminan kepada Mahkamah Tinggi Sivil.
3. Pasangan yang ada anak bawah umur 18 tahun
Ibu bukan penjaga harta kepada anak bawah umur. Kalau suami meninggal dunia dan ada anak bawah umur, boleh jadi balu yang ditinggalkan tidak dapat menggunakan harta pusaka tersebut untuk besarkan anak-anak.
Kalau kita lantik isteri sebagai pentadbir, isteri boleh menguruskan pusaka yang ditinggalkan sekaligus menjadi penjaga harta kepada anak-anak bawah umur. Harta yang ditinggalkan itu juga boleh digunakan untuk besarkan anak-anak.
Adakah anda termasuk dalam golongan ini?
Kalau ya, lantiklah pentadbir dalam kalangan ahli waris yang dipercayai dan bertanggungjawab melaksanakan amanah yang diberikan.
Bertindaklah untuk mereka yang tersayang.
PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com
#hibah #faraid #hartapusaka #uruspusaka #anak #rancangkeranasayang
©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.
WhatsApp kami