Rukun Pusaka terbentuk daripada tiga rukun iaitu: 

1. Berlaku kematian
2. Ada Harta
3. Ada Waris

Syarat-syarat Pusaka 

Pewaris hendaklah mati dahulu manakala waris pula masih hidup semasa kematian pewaris, dan tidak ada perkara yang menegah waris menerima pusaka. Perkara yang menegah daripada menerima pusaka pula ialah perhambaan, perbuatan waris membunuh si mati dan berlainan agama.

Terdapat 3 sebab seseorang boleh menerima pusaka: 

1. Perkahwinan

Jika berlaku kematian salah seorang pasangan sama ada suami atau isteri, maka pasangan yang masih hidup akan memusakai harta si mati. Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisaa’ ayat 12 bermaksud:

“Dan bagimu (suami isteri) seperdua daripada harta yang ditinggalkan oleh isteri-isterimu, jika mereka tidak mempunyai anak. Jika isteri-isterimu itu mempunyai anak, maka kamu mendapat seperempat daripada harta yang ditinggalkannya sesudah dipenuhi wasiat yang mereka buat atau (dan) sesudah dibayar hutangnya para isteri memperoleh seperempat harta kamu tinggalkan jika kamu tidak mempunyai anak.

Jika kamu mempunyai anak, maka para isteri memperoleh seperlapan daripada harta yang kamu tinggalkan sesudah dipenuhi wasiat yang kamu buat atau (dan) sesudah dibayar hutang-hutangmu.”

2. Keturunan 
Keturunan yang dimaksudkan di sini ialah keturunan hakiki, iaitu pertalian yang disebabkan darah daging. Ia termasuk keturunan ke bawah seperti anak, cucu atau cicit.

3. Wala’ 
Hubungan kekeluargaan kerana memerdekakan hamba.

Waris pula mestilah BERAGAMA ISLAM.

Antara contoh yang TIDAK mewarisi harta si mati adalah:

a) Anak angkat
❌ Tiada pertalian darah.

b) Anak susuan
❌ Tiada pertalian darah.

c) Anak tiri / ibu tiri / bapa tiri
❌ Tiada pertalian darah.

d) Ibubapa kandung yang belum memeluk agama Islam.
✅ Ada pertalian darah.
❌ Tetapi bukan Islam.

e) Bekas isteri atau bekas suami
❌ Tiada pertalian darah.
❌ Putus ikatan perkahwinan

Jika hendak memberikan harta tertentu kepada anak angkat, anak susuan, ibubapa yang belum memeluk agama Islam atau mana-mana bukan waris faraid, antara instrumen perancangan harta yang boleh dibuat adalah seperti berikut:

i) Dokumen wasiat 1/3 dengan menyatakan pemberian harta kepada bukan waris tersebut. Dengan syarat, pemberian itu tidak melebihi 1/3 dari nilaian seluruh harta.

ii) Pengisytiharaan hibah harta. Hibah tiada sebarang had, tetapi perlu memenuhi rukun-rukun dan syarat tertentu.

iii) Dokumen melantik wasi. Ini akan memudahkan urusan harta yang ditinggalkan dapat diurus dengan baik.

Perlu ambil perhatian agar dokumen yang dibuat hendaklah dengan mengikut undang-undang dan hukum syarak agar ia boleh dilaksanakan dikemudian hari.

Antara Syarikat Amanah yang menyediakan perancangan pewarisan secara komprehensif yang merangkumi khidmat rundingan dan dokumentasi seperti di Wasiyyah Shoppe Berhad.

Sumber Rujukan:
1) Buku Mengurus Harta Pusaka, Wan Abdul Halim b Wan Harun
2) Buku Harta Perkahwinan Milik Siapa?, Abdul Walid b Abu Hassan

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com

#wasiat #hibah #faraid #hartapusaka #amanah #pemegangamanah
#khairatpusaka #wasiyyahshoppe

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *