Selepas sudah mendapat persetujuan dalam pembahagian faraid dan hibah (jika ada) si arwah, pentadbir yang dilantik perlu buat permohonan di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi atau mana-mana institusi yang berkaitan bergantung pada jumlah nilai dan jenis harta milik si arwah.
Jika jumlah harta pusaka adalah tidak melebihi RM2 juta, anda berada ditempat yang betul. Teruskan membaca untuk fahamkan langkah demi langkah apa yang perlu dibuat.
Harta pusaka kecil bermaksud harta yang ditinggalkan oleh si mati tanpa wasiat yang terdiri daripada harta alih sahaja atau campuran antara harta tak alih dan harta alih yang jumlah nilaiannya tidak melebihi RM2 juta pada tarikh permohonan di buat.
Peruntukkan berkaitan harta pusaka kecil termaktub di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955. Tuntutan harta pusaka kecil boleh dibuat di Pejabat Pusaka Kecil dimana harta tak alih si mati terletak. Contoh harta tak alih seperti rumah, termasuk sekali rumah yang anda beli secara kongsi nama.
Jika berlaku kematian kepada anda atau keluarga dan memiliki harta bernilai kurang daripada RM2juta, berikut adalah tindakan yang sewajarnya perlu anda atau waris lakukan:
Proses tuntutan harta pusaka di Pejabat Pusaka Kecil memakan masa minima 5 bulan setengah atau lebih dan ada kos yang perlu ditanggung oleh waris-waris. Jika waris ada ilmu, peruntukkan dan masa, proses tuntutan akan menjadi lebih mudah.
Namun, sekiranya waris tidak tahu, proses tuntutan harta pusaka akan menjadi lebih panjang dan rumit.
Ini mengakibatkan waris berhenti setengah jalan dan menyumbang kepada pertambahan harta beku. Belum cerita lagi jika waris-waris terdiri daripada golongan bawah umur atau waris tidak mampu menampung kos pengurusan atau ketiadaan masa.
Adakah waris anda mampu untuk menyelesaikan proses tuntutan harta pusaka anda?
Bukankah lebih baik ketika anda hidup, anda sediakan solusi yang tepat untuk memudahkan waris-waris anda?
Sekiranya anda boleh melantik syarikat yang dapat membantu waris-waris anda untuk uruskan pusaka, adakah anda berminat?
Anda hanya perlu menyediakan serendah RM 50 sebulan selama 15 tahun. Sekiranya anda meninggal dunia kurang daripada tempoh tersebut, waris-waris anda tidak perlu sambung bayaran dan kami bantu uruskan pusaka anda.
Menarik tak?
WhatsApp kami