Pengurusan harta pusaka bagi orang Islam di Sabah tertakluk sepenuhnya dibawah bidangkuasa Mahkamah Syariah. Proses ini lebih mudah kerana segala tuntutan seperti pengesahan hibah, harta sepencarian, wasiat, hak penjagaan anak dan tuntutan pusaka tuntutan pusaka diuruskan dibawah satu institusi yang sama.
1. Mulakan dengan membuat permohonan pengurusan pusaka di Mahkamah Syariah
2. Mengumpul dan menyediakan dokumen-dokumen berkaitan seperti surat iringan, notis permohonan, afidavit sokongan, dokumen waris-waris, bukti atau sijil kematian, bukti pemilikan harta dan dokumen-dokumen berkaitan.
3. Dokumen yang lengkap boleh daftarkan dan failkan permohonan pusaka ke Mahkamah Syariah. Jika harta yang ditinggalkan oleh si mati bernilai RM 100,000 ke bawah, maka kes berkenaan didaftarkan di Mahkamah Rendah Syariah. Manakala bagi harta yang bernilai RM 100,000 ke atas akan didaftarkan di Mahkamah Tinggi Syariah.
4. Sebutan atau pendengaran pertama kes di hadapan Pendaftar atau Hakim dalam tempoh 21 hari dari tarikh pendaftaran. (lazimnya kes di sebut dalam tempoh dua minggu)
5. Perbicaraan pusaka, waris-waris akan memaklumkan pembahagian faraid setiap ahli waris dan waris-waris membuat pilihan kaedah pembahagian sama ada secara permuafakatan ataupun mengikut faraid.
6. Sekiranya terdapat waris yang tidak dapat hadir ketika perbicaraan, maka waris tersebut perlulah menyempurnakan satu persetujuan bertulis (yang disediakan oleh Mahkamah) ditandatangani di hadapan Pendaftar atau Hakim Mahkamah Syariah.
7. Sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah, maka boleh membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Rayuan boleh dibuat dengan memfailkan Notis Rayuan di mahkamah dalam tempoh 14 hari dari tarikh keputusan kes.
8. Perintah Pembahagian atau Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan.
9. Pentadbir yang dilantik perlu mengeluarkan dan mencairkan aset di institusi yang berkaitan dan membahagikan mengikut kaedah yang ditetapkan syarak.
Jika anda orang Sabah atau mempunyai harta di Sabah, ambil cakna tentang hal harta pusaka di Sabah. Pastikan harta anda diuruskan dengan sebaik mungkin agar harta yang anda tinggalkan menjadi berkah dan bukan fitnah bila anda tiada kelak.
WhatsApp kami