Kisah Puan Umi – Cabaran sebagai Ibu Tunggal

Puan Umi, pakar dalam pengurusan harta pusaka, wasiat, hibah atau faraid, kini sedia membantu anda

Sewaktu anak saya berumur 7 tahun saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dari bidang Teknologi Maklumat (IT).  Saya telah bekerja selama 13 tahun bersama syarikat bernama Motorola yang kemudiannya di beli oleh ON Semiconductor.  Waktu tu ada VSS – “Voluntary Separation Scheme” dan saya berhasrat  untuk mencari waktu bekerja yang lebih “flexible” supaya saya ada lebih masa untuk keluarga saya.

Pada masa itu waktu kerja yang lebih “flexible” adalah dengan berniaga atau menjadi perunding bidang pelaburan saham amanah dan Insuran.  Tentu sekali bukan satu penghijrahan yang mudah.  Dari seorang yang dahulu duduk berhadapan dengan komputer kepada seorang yang kena berhadapan dengan manusia.  Ianya mengambil masa dan keberanian.  Alhamdulillah saya sangat beruntung sebab keluarga dan kawan-kawan terdekat memberi sokongan.

Semasa anak saya berumur dua belas tahun, suatu hari bila dia balik dari sekolah dia tanya saya “mama kalau mama mati, siapa nak jaga Atin?”

Soalan yang baguskan?

Saya tegamam.  Saya betul-betul tak mampu nak jawab soalan itu.  Sebagai ibu kita ingin bersama-sama dengan anak kita.  Melihat mereka membesar, masuk universiti dan berkahwin.  Saya rasa itu harapan saya dan setiap ibu.  Sedangkan kita sendiri tahu mati itu pasti tetapi berapa ramai dari kita yang sanggup menghadapinya?

Bagi saya, saya belum bersedia.

Tetapi saya perlu menghadapinya.  Sebab saya adalah ibu dan bapa bagi anak saya.

Dengan itu saya pun mencari pengetahuan dalam bidang pewarisan harta bersama syarikat amanah T.  Syarikat Amanah T lebih menekankan penulisan wasiat.  Dalam kes saya yang ada anak perempuan seorang, pembahagian harta akan melibatkan adik beradik saya.  Bukan saya nak menidakkan faraid mereka. Cuma saya nak pastikan kebajikan anak saya terbela dan dia ada tempat berteduh sekiranya saya tiada.

Tahun 2015 seorang kawan memperkenalkan saya dengan agency Kausar dan Wasiyyah Shoppe Bhd.  Daripada situ saya belajar tentang hibah dan banyak lagi solusi yang dapat membantu kaum muslim dalam perancangan pewarisan harta dan pengurusan pusaka.  Di sinilah saya jumpa solusi yang saya cari selama ini untuk diri saya dan keluarga.  Alhamdulillah.

Sasaran saya nak bantu 1,000 keluarga dan para usahawan supaya ekonomi orang Islam dapat di perkukuhkan serta di manfaatkan oleh waris-waris mereka.  Alangkah seronoknya jika waris-waris bersatu hati dalam pembahagian harta serta simati dapat pahala daripada harta yang mereka tinggalkan.

Saya tahu ini bukan kerja mudah sebab banyak salah faham tentang faraid, penamaan, wasiat, hibah serta proses pengurusan pusaka.  Saya amat berharap anda doakan saya dan pasukan saya agar kami sentiasa istiqamah dalam kerja kami.

Akhir kata, jika ilmu yang ada ini sangat membantu anda silalah kongsi dengan ahli keluarga, rakan dan kenalan.

Terima kasih atas sokongan anda.

Yang Benar,

PUAN UMI – Guru Agih Harta

Visi

MENJADI PILIHAN NO 1 UNTUK PERKHIDMATAN KHIDMAT NASIHAT PERANCANGAN PERWARISAN HARTA UMAT ISLAM

Misi

MELAHIRKAN RAMAI PERUNDING YANG MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN RUNDINGAN PERWARISAN HARTA YANG HOLISTIK DAN BERSISTEMATIK KEPADA PELANGGAN

 

0

$0