Dapatkan cepat surat kuasa mentadbir harta pusaka arwah sebelum...
Kubur arwah merah lagi dah cakap pasal harta pusaka arwah? Ya, sebab itu pentingnya lantik mereka yang pakar kerana mereka tiada kepentingan peribadi. Lagi lambat diuruskan, lagi parah.

ANTARA PUNCA HARTA PUSAKA TERBEKU & LAMBAT DIURUSKAN

WARIS BUNTU KERANA TIDAK TAHU PROSES PERUNDANGAN YANG BETUL

WARIS BIMBANG DIKENAKAN FI YANG MAHAL JIKA MAHU MENGURUSKAN PUSAKA

WARIS TIDAK FAHAM HUKUM PEMBAHAGIAN FARAID
PERKHIDMATAN PROSES TUNTUTAN HARTA PUSAKA
Umat Islam yang kematian ahli keluarga, boleh datang berjumpa dengan Team Puan Umi untuk mendapatkan perkhidmatan pengurusan harta pusaka. Team Puan Umi akan membantu waris untuk melalui proses pengurusan harta pusaka yang berkaitan sama ada di;
- Pejabat Pusaka Kecil (bagi nilai harta pusaka yang kurang dari RM 2 juta dan mempunyai tanah)
- Mahkamah Tinggi Sivil (bagi nilai harta pusaka melebihi RM 2 juta)
- Mahkamah Tinggi Syariah (bagi perkara-perkara yang berkaitan dengan Mahkamah Tinggi Syariah).
Waris akan dibantu sehingga Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dikeluarkan (bagi kes Pejabat Pusaka Kecil) atau sehingga Geran Probet / Letter of Administration dan Distribution Order dikeluarkan (bagi kes Mahkamah Tinggi Sivil).
SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN
Wasiyyah Shoppe Berhad menyediakan perkhidmatan pengurusan pusaka dengan mengenakan caj yang sangat minima berbanding organisasi profesional yang lain di pasaran.

SESI RUNDINGCARA PERCUMA
