PELUANG UNTUK ANDA MEMBINA KERJAYA YANG BOLEH MEMBANTU ANDA MENCAPAI KEJAYAAN DUNIAWI DAN UKHRAWI

Bina Kerjaya Anda Bersama Kami

Lebih dari 500 orang Perunding Pewarisan Harta Islam telah dibimbing oleh Puan Umi sejak 2015 sehingga kini.

Misi mereka adalah sama, iaitu memastikan pemilik harta boleh mewariskan harta yang dimiliki kepada kepada generasi yang seterusnya.

Sebagai seorang yang hidup bermasyarakat, mesti kita selalu dengar kisah kisah sedih seperti berikut.

kerjaya-2-1
Harta pusaka tidak dapat diwarisi dan menjadi beku
kerjaya-2-2
Ahli keluarga bergaduh sesama sendiri disebabkan perebutan harta pusaka.
kerjaya-2-3
Hasrat pembahagian tidak dapat dilaksana kerana pilihan instrumen pewarisan yang tidak tepat.

Tahukah anda?

9/10 daripada RM70 Billion harta beku di Malaysia, adalah Harta Pusaka Umat Islam?

Kehadiran Covid 19 menyebabkan berlakunya faraid berlapis dalam tempoh yang singkat. Oleh itu, kami memerlukan lebih ramai perunding untuk berkongsi ilmu ini kepada masyarakat.

Anda juga boleh menjana ekonomi diri dan keluarga dengan membantu menguruskan harta pusaka.

Bagaimana Nak Bersama Membantu Ummah Merancang Harta & Menguruskan Pusaka?

Kita dilahirkan oleh ibu bapa, kemudian berkahwin dan melahirkan zuriat. Apa yang kita usahakan dalam dunia ni sememangnya untuk memberi kebahagian dan kemudahan kepada keluarga kita. Tapi mungkin ramai di luar sana yang kurang peka tentang perancangan harta dan pengurusan harta pusaka. Anda mampu membuat perubahan.
kerjaya-3-3-64

Mahu mendidik ummah untuk berilmu dan merancang pewarisan.

Anda prihatin dengan pembangunan ummah. Untuk membangun ummah haruslah bermula dari rumah. Walaupun ada hukum faraid dalam Islam, namun statistik harta pusaka yang beku semakin meningkat saban tahun.
kerjaya-3-2-64

Mahu membangunkan ekonomi ummah kerana harta yang diwarisi dapat menjana pendapatan dan melangsaikan hutang.

Pewarisan mampu menjana kekayaan kepada waris. Harta pusaka boleh menjadi modal pusingan perniagaan, modal mula untuk memiliki hartanah, mendapat pendidikan yang lebih baik dan kehidupan yang lebih selesa.
Peningkatan ekonomi keluarga meningkatkan jumlah kutipan zakat sekaligus memberi manafaat kepada para asnaf.
kerjaya-3-3-64

Mahu membela waris simati dengan percuma

Antara yang paling terkesan jika berlaku kehilangan ialah isteri dan anak-anak. Lagi-lagi apabila mereka tiada tempat bergantung. Banyak kes berlaku yang mana nasib isteri dan anak-anak tidak terbela. Perancangan pewarisan yang baik mampu membela nasib mereka.
kerjaya-3-4-64

Menyelamatkan keluarga dari perebutan harta pusaka.

Kekeliruan tentang hukum faraid, pusaka, wasiat dan hibah kerap menjadi punca pergaduhan antara ahli keluarga yang merebut harta. Dengan perancangan harta dan pengurusan pusaka yang teratur akan mengelakkan perang saudara dari berlaku.

Membangun Ekonomi Ummah Bersama Pasukan Perunding Puan Umi

Pasukan Perunding Puan Umi merupakan sebuah pasukan yang ditubuhkan pada 2014 dengan misi untuk membangunkan ekonomi diri melalui perancangan pewarisan harta Islam.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kami dinobatkan Agensi Korporat Terbaik Wasiyyah Shoppe Berhad untuk 3 tahun berturut-turut!
puanumi-wealth-pemenang-anugerah-khalifah-wsb-tahun-2015-2019agensi-terbaik-wasiyyah-shoppe

Pemenang Anugerah Khalifah WSB Tahun 2015 hingga 2019

puanumi-wealth-nilai-harta-terkumpul-yang-telah-diurus-3agensi-terbaik-wasiyyah-shoppe

Nilai Harta Terkumpul Yang Telah Diurus & Diselamatkan

puanumi_pelanggan-seluruh-negara-iconagensi-terbaik-wasiyyah-shoppe

Seramai 4000 orang pelanggan seluruh Malaysia dan di luar negara

puanumi_perunding-berdaftar-iconagensi-terbaik-wasiyyah-shoppe

Melatih hampir 1400 perunding berdaftar di seluruh negara

Pasukan Perunding Puan Umi menawarkan perkhidmatan professional dalam pewarisan harta Islam melalui sistem F.A.S.T

rsz_1fast

ANALISIS FARAID

Kami bantu mengenalpasti bakal waris faraid dan hak pembahagian agar anda dapat merancang pewarisan secara tepat dan mudah melalui wasiat dan hibah.
rsz_fast-A

ANALISIS ASET

Kami bantu anda merancang secara tepat dengan mengambil faktor jenis aset, status pemilikan asset dan undang-undang spesifik berkaitan aset yang dimiliki.
rsz_fast-S

SOLUSI

Kami bantu anda melaksanakan hasrat pembahagian harta dan pusaka menggunakan solusi yang tepat mematuhi peruntukan syarak dan perundangan.
rsz_fast-T

AMBIL TINDAKAN

Kami bantu anda untuk merancang dengan mudah agar anda boleh bertindak untuk keluarga tersayang.

Mengapa Wasiyyah Shoppe Berhad Mempunyai Solusi Perancangan Harta Dan Pengurusan Pusaka Yang Terbaik?

  1. Perkhidmatan paling komprehensif di Malaysia. Lebih 35 jenis perkhidmatan ditawarkan untuk penuhi keperluan pelanggan.
  2. Perkhidmatan percuma untuk waris. Tiada fi ditolak dari harta pusaka.
  3. Perkhidmatan peribadi percuma untuk waris. Wakil syarikat datang kerumah untuk mudahkan waris.
  4. Perkhidmatan patuh syariah yang diluluskan oleh panel syariah melalui proses penyaringan yang ketat.
  5. Perkhidmatan terbukti berkesan. Lebih 400 pengesahan hibah diperolehi dari mahkamah syariah.

Industri Pengurusan Pewarisan Harta Islam Sangat Memerlukan Anda!

Peluang Kerjaya

Kepuasan Kerja

Anda sedang melakukan salah satu fardu kifayah dengan mendidik masyarakat dengan ilmu faraid dan menyelesaikan urusan pusaka. Ramai nasib waris akan terbela dengan perkhidmatan yang anda berikan.

Peluang Kerjaya

Latihan berkualiti tinggi

Kami akan memberikan anda latihan yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda sentiasa bersedia dan berilmu untuk membantu pelanggan anda merancang secara tepat dan holistik.

Peluang Kerjaya

Kebebasan masa dan fleksibiliti

Anda mempunyai kebebasan untuk membina perniagaan anda sepantas inginan dan dedikasi anda. Bukan sahaja anda boleh merancang pendapatan anda malah masa yang diperuntukan kepada perniagaan ini.

Peluang Kerjaya

Pasaran Luarbiasa

Terdapat lebih 8 juta orang Islam dalam Malaysia yang layak merancang, tetapi dengan hanya kurang dari 5000 perunding pewarisan seluruh Malaysia pasti tidak mampu menyampaikan kepentingan merancang pewarisan kepada orang Islam.

Peluang Kerjaya

Pasaran Ganjaran Pendapatan

Peluang membina perniagaan yang memberikan 3 peringkat peningkatan pendapatan sebagai perunding pewarisan harta Islam yang professional. Pelbagai insentif yang menarik dan pengiktirafan disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Bhd. Kebebasan masa dan fleksibiliti.

Sertai Kami Sekarang!

Jangan berlengah lagi. Inilah kerjaya yang anda tercari-cari selama ini. Bersama kita memacu kejayaan duniawi dan ukhrawi, membangunkan ekonomi ummah dalam bidang pewarisan harta Islam.

0

$0