PELUANG KERJAYA

(Perunding Pewarisan)

Lebih dari 500 orang Perunding Pewarisan Harta Islam telah dibimbing oleh Puan Umi sejak 2015 sehingga kini.

Pasukan Perunding Puan Umi merupakan sebuah pasukan yang ditubuhkan pada 2014 dengan misi untuk membangunkan ekonomi diri melalui perancangan pewarisan harta Islam.
Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT, kami dinobatkan Agensi Korporat Terbaik Wasiyyah Shoppe Berhad untuk 3 tahun berturut-turut!

Bagaimana Kerjaya Ini Dapat Membantu Ummah Dalam Merancang Harta & Menguruskan Pusaka?

Mendidik ummah merancang pewarisan harta dengan ilmu.

Kerjaya ini mendidik ummah merancang pewarisan harta dengan ilmu, memastikan pembahagian adil menurut syariat dan mengelakkan konflik keluarga.

Membangunkan ekonomi ummah kerana harta yang diwarisi dapat menjana pendapatan dan melangsaikan hutang.

Pewarisan dapat menjana kekayaan kepada waris. Dengan itu, kerjaya ini dapat membangunkan ekonomi ummah kerana harta yang diwarisi dapat menjana pendapatan, melangsaikan hutang, memastikan kestabilan kewangan waris, dan mengurangkan beban ekonomi keluarga.

Membela nasib waris si mati dengan tepat

Antara yang paling terkesan jika berlaku kehilangan ialah isteri dan anak-anak. Kerjaya ini membantu membela nasib waris si mati dengan memastikan harta pusaka dibahagi dengan tepat, mengikut syariat, agar keperluan dan hak waris terjamin.

Menyelamatkan keluarga dari perebutan harta pusaka.

Kekeliruan tentang hukum faraid, pusaka, wasiat dan hibah kerap menjadi punca pergaduhan antara ahli keluarga yang merebut harta. Dengan perancangan harta dan pengurusan pusaka yang teratur akan mengelakkan perang saudara dari berlaku.

Apa Kelebihan Menjadi Perunding Pewarisan Harta Islam?

Kepuasan Kerja

Anda sedang melakukan salah satu fardu kifayah dengan mendidik masyarakat dengan ilmu faraid dan menyelesaikan urusan pusaka. Ramai nasib waris akan terbela dengan perkhidmatan yang anda berikan.

Pasaran Luar Biasa

Terdapat lebih 8 juta orang Islam dalam Malaysia yang layak merancang, tetapi dengan hanya kurang dari 5000 perunding pewarisan seluruh Malaysia pasti tidak mampu menyampaikan kepentingan merancang pewarisan kepada orang Islam.

Ganjaran Pendapatan

Peluang membina perniagaan yang memberikan 3 peringkat peningkatan pendapatan sebagai perunding pewarisan harta Islam yang professional. Pelbagai insentif yang menarik dan pengiktirafan disediakan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. 

Kebebasan Masa dan Fleksibiliti

Anda mempunyai kebebasan untuk membina perniagaan anda sepantas inginan dan dedikasi anda. Bukan sahaja anda boleh merancang pendapatan anda malah masa yang diperuntukan kepada perniagaan ini.

Latihan Berkualiti Tinggi

Kami akan memberikan anda latihan yang berkualiti tinggi untuk memastikan anda sentiasa bersedia dan berilmu untuk membantu pelanggan anda merancang secara tepat dan holistik.

Mengapa Wasiyyah Shoppe Berhad Mempunyai Solusi Perancangan Harta Dan Pengurusan Pusaka Yang Terbaik?

Perkhidmatan Komprehensif

Lebih 35 jenis perkhidmatan ditawarkan bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Tiada Fi ditolak dari Harta Pusaka

Perkhidmatan percuma untuk waris.

Wakil Syarikat Hadir ke Rumah

Perkhidmatan peribadi percuma & memudahkan untuk waris

Diluluskan oleh Panel Syariah

Perkhidmatan patuh syariah yang melalui proses penyaringan yang ketat.

Terbukti Berkesan

Lebih 400 pengesahan hibah diperoleh dari mahkamah syarikat.

Diyakini Pelanggan

Lebih 75,000 pelanggan telah dibantu.

Mulakan Kerjaya Sebagai Pakar Faraid Hibah Wasiat Pusaka !!

urus pusaka sebelum mati
Alamat:

211-1B, Lorong Haruan 5/6, Pusat Komersial Oakland 2, 70300 Seremban, Negeri Sembilan.

Emel:

kausarglobalgroup1@gmail.com

Kausar Global Sdn Bhd

202101000063 (1400361-M)

Hakcipta Terpelihara 2024 © puanumi.com