Apakah kepentingan hibah dalam pengurusan harta pusaka untuk golongan kritikal?
Golongan kritikal memerlukan perancangan harta pusaka yang khusus dan berbeza berbanding orang lain supaya apa yang dirancang tidak menjadi sia-sia.

GOLONGAN-GOLONGAN KRITIKAL YANG MEMERLUKAN HIBAH

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG TIDAK MEMPUNYAI ANAK

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMPUNYAI ANAK ANGKAT SAHAJA

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMPUNYAI ANAK PEREMPUAN SAHAJA

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMPUNYAI ANAK ORANG KELAINAN UPAYA ( OKU )

PASANGAN YANG MEMPUNYAI ANAK LELAKI DAN PEREMPUAN

PASANGAN YANG MEMPUNYAI ANAK DI BAWAH UMUR 18 TAHUN

PASANGAN SUAMI ISTERI YANG MEMBELI RUMAH SECARA PINJAMAN BERSAMA (JOINT LOAN)

SUAMI ATAU ISTERI YANG MEMILIKI RUMAH YANG MASIH DI DALAM PINJAMAN

SUAMI YANG BERPOLIGAMI

SUAMI YANG KEMATIAN ISTERI DAN BERKAHWIN SEMULA DENGAN ISTERI BARU
SOLUSI PERKHIDMATAN HIBAH YANG DISEDIAKAN
Perkhidmatan Hibah yang disediakan oleh Team Puan Umi adalah melalui Wasiyyah Shoppe Berhad. Wasiyyah Shoppe Berhad dikenali sebagai pelopor kepada hibah di Malaysia dengan perintah pengesahan hibah yang pertamanya diperolehi dari Mahkamah Tinggi Syariah Alor Setar pada 2005. Sehingga hari ini Wasiyyah Shoppe Berhad telah memperolehi lebih dari 400 perintah pengesahan hibah dari hampir kesemua negeri di Malaysia.
Wasiyyah Shoppe Berhad ialah penyedia dokumen hibah yang terbanyak dan paling berpengalaman di Malaysia. Wasiyyah Shoppe Berhad mempunyai kepakaran menyediakan hibah bagi hartanah yang masih di dalam pinjaman bank, saham perniagaan, akaun bersama di bank, barang kemas, kenderaan, saham koperasi dan akaun tabung haji.
Harta yang telah sempurna dihibahkan akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikut hukum faraid. Sebaliknya harta yang telah dihibah itu akan dimiliki oleh penerima hibah seperti yang ditetapkan oleh pemberi hibah semasa hidupnya.
SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN
Pasangan ini boleh saling menghibahkan harta masing-masing kepada pasangan. Apabila mati, harta suami menjadi milik isteri sepenuhnya dan juga sebaliknya. Ini menjamin kebajikan pasangan terjaga.
Pasangan atau individu boleh mengHIBAHkan sebahagian harta kepada anak angkat kerana anak angkat tidak layak mewarisi pusaka yang ibubapa angkatnya tinggalkan.
Individu bujang ini boleh mengHIBAHkan harta kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Sekiranya suami isteri meninggal dunia serentak dan masih mempunyai ibubapa, anak-anak yatim ini akan berkongsi harta pusaka dengan datuk & nenek. Jika datuk & nenek pula meninggal dunia sebelum anak-anak ini berumur 18 tahun, bahagian datuk & nenek akan diwarisi oleh ibu/bapa saudara. Hibah kepada anak2 ini akan menyelesaikan isu pewarisan berlapis yang kompleks.
Kedua-dua suami dan isteri yang memiliki ½ bahagian dari rumah setiap seorang boleh MENGHIBAHKAN rumah bahagian mereka kepada anak-anak. Contohnya pasangan mempunyai 1 anak lelaki dan 1 anak perempuan.
Suami boleh MENGHIBAHKAN ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu tidak akan menjadi harta pusaka dan diagih kepada waris mengikut Hukum Faraid, sebaliknya akan dimiliki terus oleh dua anak itu.
Begitu juga isteri MENGHIBAHKAN ½ bahagiannya kepada 2 anak. Bila mati, ½ bahagian itu akan menjadi milik 2 anaknya.
Akhirnya kesemua bahagian rumah itu tidak menjadi harta pusaka sebaliknya dimiliki oleh 2 anak berkenaan.
Melalui kaedah HIBAH, suami yang memiliki rumah yang masih dalam pinjaman boleh MENGHIBAHKAN rumahnya kepada pasangannya. Walaupun ada baki pinjaman tertunggak, pasangan akan dengan rela hati berusaha membayarnya kerana dia tahu rumah itu sudahpun menjadi milikinya.
Ahli perniagaan boleh merancang harta pusaka sesuai hasrat untuk memastikan perniagaan yang diusahakan dapat diteruskan walaupun selepas meninggal dunia.
Golongan mualaf yang ingin memberikan sebahagian harta kepada keluarga yang bukan Islam boleh mengHIBAHkan harta yang dia miliki.
8 KEISTIMEWAAN HIBAH DI PUAN UMI MELALUI WASIYYAH SHOPPE BERHAD

FORMAT DILULUSKAN OLEH PANEL SYARIAH

PERLAKSANAAN HIBAH

HARTA MASIH DALAM PINJAMAN

HARTA TIDAK PERLU DIPINDAH MILIK

HIBAH BOLEH DITARIK BALIK

PENERIMA HIBAH MENINGGAL DUNIA

HIBAH BERSYARAT

400 PERINTAH PENGESAHAN HIBAH
APA JENIS HARTA YANG BOLEH DIHIBAHKAN MELALUI OLEH PUAN UMI MELALUI WASIYYAH SHOPPE BERHAD?

HIBAH HARTANAH

HIBAH HARTANAH BERCAGAR

HIBAH BARANG KEMAS / PERHIASAN BERHARGA

HIBAH AKAUN BERSAMA

HIBAH KENDERAAN

HIBAH SAHAM KOPERASI

HIBAH SAHAM AMANAH

HIBAH SAHAM SYARIKAT
