PERKHIDMATAN PENGURUSAN HARTA PUSAKA AL WASITAH

Perkhidmatan yang ditawarkan Puan Umi melalui Wasiyyah Shoppe Berhad adalah untuk membantu waris pelanggan melalui semua proses tuntutan harta pusaka secara PERCUMA. Waris tidak akan dikenakan apa-apa caj dan harta pusaka tidak akan dipotong walau satu sen pun. Harta pusaka juga akan diterima terus oleh waris-waris.
Manfaat ini akan dinikmati oleh waris kepada pelanggan yang melanggan perkhidmatan pengurusan harta pusaka Al Wasitah.
question-e1603354441616

WARIS TIDAK FAHAM HUKUM

Waris tidak mengetahui tentang hukum-hukum berkaitan harta pusaka ; siapa yang layak terima dan berapa bahagian mereka, tuntutan hutang ke atas harta pusaka. Ini menyebabkan timbul perselisihan di antara waris yang menyebabkan hubungan kekeluargaan terjejas.
problem

WARIS TIDAK TAHU PROSES

Biasa berlaku di mana waris tidak tahu apa proses yang perlu dilalui, di mana ingin bermula, apa borang yang perlu diisi, apa dokumentasi yang perlu dilampirkan, apa proses yang perlu dilalui. Waris juga tidak faham bidang kuasa Mahkamah Tinggi Sivil, Mahkamah Tinggi Syariah, Pejabat Pusaka Kecil dan Amanah Raya Berhad.

NOTIME-1

WARIS TIADA MASA

Untuk melalui proses perundangan di atas , waris tiada masa kerana mereka perlu berurusan dengan agensi – agensi di atas pada hari dan waktu bekerja. Ini menyebabkan ada waris yang tepaksa mengambil cuti bagi menguruskan urusan pusaka dan ini membebankan waris.
payment-method

PENGURUSAN PUSAKA YANG MAHAL DAN MEMBEBANKAN

Oleh kerana proses pengurusan pusaka ini tidak mudah, maka fi pengurusan pusaka yang dikenakan pihak ketiga juga tidak murah. Ia boleh melibatkan kos dari 1% sehingga 5% dari nilai harta pusaka kasar. Fi ini tidak termasuk fi rampaian yang mungkin timbul dari pengurusan kes ini. Fi-fi ini sama ada ditolak dari harta pusaka atau perlu dibayar oleh waris sekiranya simati tidak meninggalkan harta tunai dari harta pusakanya. Ini membebankan waris.

SOLUSI PERKHIDMATAN YANG DIBERIKAN

PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN UNTUK PELANGGAN AL WASITAH SEMASA HIDUP

PENYEDIAAN DOKUMEN PERLANTIKAN WASI

PENYEDIAAN WASIAT 1/3

PERKHIDMATAN PERUBAHAN DOKUMEN

  PERKHIDMATAN PENYIMPANAN SELAMAT (SAFEKEEPING) DOKUMEN

PERKHIDMATAN KEPADA WARIS SELEPAS KEMATIAN PELANGGAN

KHIDMAT RUNDINGCARA PERIBADI KEPADA WARIS
Khidmat rundingcara peribadi kepada waris. Wakil Wasiyyah Shoppe Berhad akan datang ke rumah pada bila-bila masa yang dikehendaki sama ada siang atau malam, hari bekerja atau hari cuti, untuk menasihatkan waris tentang hukum berkaitan harta pusaka, faraid dan proses perundangan yang perlu dilalui waris. Khidmat rundingcara ini membantu kerana ia memberikan panduan jelas kepada waris tentang apa proses perundangan yang sedang menunggu mereka.
PERKHIDMATAN MELENGKAPKAN SEMUA DOKUMENTASI
Perkhidmatan melengkapkan semua dokumentasi berkenaan permohonan pusaka di Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi Sivil. Segala urusan dokumentasi bagi urusan di atas akan dilengkapkan oleh Wasiyyah Shoppe Berhad. Waris tidak perlu bersusah-payah turun naik pelbagai pejabat bagi mendapatkan maklumat.
PERKHIDMATAN MENGIRINGI WARIS KETIKA PERBICARAAN
Perkhidmatan mengiringi waris ketika perbicaraan di Pejabat Pusaka dan Mahkamah Tinggi Sivil. Apabila bicara kuasa dijalankan, wakil Wasiyyah Shoppe Berhad akan mengiringi waris bagi memberikan panduan.
PERLANTIKAN PEGUAM BAGI KES DI MAHKAMAH TINGGI SIVIL
Perlantikan peguam bagi kes di Mahkamah Tinggi Sivil. Bagi kes yang dilaksanakan di Mahkamah Tinggi Sivil ( kes pusaka bernilai RM 2 juta ke atas ), Wasiyyah Shoppe Berhad akan melantik panel peguamnya bagi mengemukakan permohonan ke Mahkamah Tinggi Sivil.
MEMBANTU WARIS MELALUI SEMUA PROSES
Membantu waris melalui semua proses sehingga Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian dikeluarkan ( Pejabat Pusaka Kecil ) atau sehingga Geran Probet / letter of administration dan Distribution Order dikeluarkan ( Mahkamah Tinggi Sivil ) . Kesemua urusan akan dibantu urus untuk waris sehinggalah semua perintah berkenaan dikeluarkan. Kaedah pendaftaran semua dokumen ini juga akan dibantu urus oleh Wasiyyah Shoppe Berhad.

BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN MAKLUMAT MENGENAI SERVIS KAMI? SILA TEKAN BUTANG

0

$0