Kalau bercerita tentang poligami, memang ramai para isteri yang tidak bersetuju tentang konsep tersebut. Pasti ramai para isteri yang mampu hilang pertimbangan apabila si suami menyuarakan hasrat untuk berpoligami. Namun demikian, dalam Islam, poligami adakalanya diperbolehkan atas sebab-sebab tertentu. Walaupun berat untuk para isteri menerima berita tentang suami yang ingin berpoligami namun Allah Maha Mengetahui. Topik kita pada kali ini khas untuk mereka yang telah berpoligami.

Firman Allah SWT :
Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya. [Annisa : 3]

Ingin kami simpulkan dari Firman Allah SWT, untuk para suami yang berpoligami, jalankanlah tanggungjawab anda secara adil. Untuk isteri yang telah lama bersama anda bersusah payah melihat jatuh dan bangunnya anda dalam kehidupan, kotakanlah janji anda mengikut hak dia yang sewajarnya.

Sebagai Dai’e, kami amat menggalakkan si suami merancang harta-harta seadil yang mungkin mengikut keperluan dan hak para isteri. Pertimbangkan keperluan isteri pertama yang telah lama berkahwin dengan isteri baru yang baru sahaja sah bernikah seminggu yang lalu. Mengikut Hukum Faraid, semua isteri-isteri yang sah akan berkongsi bahagian Faraid. Sebagai contoh seorang isteri berhak mendapat 1/8 dari jumlah harta. Sekiranya suami mempunyai 3 orang isteri, masing-masing mendapat bahagian 1/24 seorang.

Berikut adalah contoh pengiraan:
Suami mempunyai 3 orang isteri dan wang tunai bernilai RM600 ribu. Isteri pertama tiada anak, Isteri kedua mempunyai 1 anak perempuan dan 2 orang anak lelaki, dan isteri ketiga mempunyai 1 orang anak perempuan sahaja.

Berikut adalah bahagian faraid yang layak diterima oleh waris: Isteri Pertama 2/48 RM25,000 setiap seorang
Isteri kedua 2/48 RM25,000 setiap seorang
Isteri ketiga 2/48 RM25,000 setiap seorang
2 anak lelaki (isteri kedua) 28/48 RM175,000 setiap seorang
1 anak perempuan (isteri kedua) 7/48 RM87,500 setiap seorang
1 anak perempuan (isteri ketiga) 7/48 RM87,500 setiap seorang

Apa pendapat anda melihat pembahagian harta sedemikian rupa? Apa perasaan isteri pertama yang bertahun-tahun bersama suami tapi hanya berhak mendapat RM25,000 sahaja sama seperti isteri kedua dan ketiga yang usia perkahwinan mereka tidak selama isteri yang pertama.

Pembahagian harta tidak alih seperti Rumah atau Tanah kepada isteri-isteri dan anak-anak lebih rumit berbanding pembahagian harta alih seperti wang tunai. Sebagai contoh bagaimana agaknya sebuah rumah dibahagikan dengan 3 orang isteri dan anak-anak? Takkan hendak diberi ruang tamu kepada isteri pertama, bilik tidur kepada isteri kedua, dapur kepada anak isteri pertama dan sebagainya. Solusi terakhir pada kebiasaannya adalah dengan menjual Hartanah tersebut bagi mengagihkan mengikut Nisbah Faraid.
Ada juga suami yang menyorokkan perkahwinan kedua atau ketiga mereka kerana tidak mahu isteri-isteri bermasam muka. Namun demikian, apa perasaan isteri pertama apabila sedang meratapi kesedihan pemergian anda, tiba-tiba dua tiga orang wanita bersama anak kecil datang mengaku mereka adalah waris suami yang telah pergi. Janganlah disakiti hati mereka walaupun anda telah tiada nanti. Berpoligami apabila anda dapat berlaku adil bukan hanya didunia tetapi selepas anda pergi juga.

Setiap tindakan pasti ada akibatnya. Rancanglah pemergian anda agar doa mengiringi pemergian anda dan bukan kekesalan semata-mata.

Untuk konsultasi lanjut sila klik: https://linktr.ee/puanumi

PUAN UMI YUSOF
Guru Agih Harta
www.puanumi.com

#hibah #faraid #hartapusaka #uruspusaka #faidaamin #poligami #rancangkeranasayang

©️Penulisan hak cipta terpelihara PUAN UMI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *